Talasemia adalah kecacatan genetik yang paling biasa didapati, dengan kira-kira 250 juta orang, 4.5 peratus daripada penduduk dunia adalah pengidap yang menghadapi ancaman maut. Pada 2010, Malaysia merekodkan 4,768 orang pesakit talasemia yang memerlukan pemindahan darah yang kerap. Manakala 5% daripada penduduknya adalah pembawa.

WE ARE STM

BannerFans.com

Muhammad Hafiz bin Mohamad Yusof


Allahyarham Muhammad Hafiz bin Mohamad Yusof

Posted by Akmal

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Muhammad Hafiz Bin Mohamad Yusof iaitu adik kepada sahabat ku iaitu Muhammad Habibullah Bin Mohamad Yusof (ex- Graphic Designer Sinar Harian KEL & TRG). Allahyarham meninggal dunia pada jam 11.05 pagi 27/5/2009 di Hospital Kuantan pada umur 24 tahun. Menurut abang allahyarham, Saudara Habibullah, allahyarham telah lama mengidap penyakit talasemia sejak drpd kecil lagi. Allahyarham adalah seorang kuat semangat dan tabah, sejak dari kecil lagi allahyarham perlu pergi ke hospital untuk masukkan darah dan pemeriksaan doktor.

Pada tahun 2001, allahyarham telah selamat menjalani pembedahan membuang limpa dan tidak perlu lagi memasukkan darah setiap bulan. Cuma perlu makan ubat antibodi dan pergi pemeriksaan doktor setiap bulan sahaja. Selepas itu allahyarham menjalani kehidupan seperti biasa dan aktif dalam permainan bola sepak, bowling, jalan-jalan dan lain-lain.Selepas 2 tahun, allahyarham tidak ambil lg ubat antibodi kerana merasa sihat.

Tetapi apakan daya, ajal maut itu di tangan tuhan yang maha kuasa. Pada jam 12 malam 27/05/2009, allahyarham dimasukkan ke hospital Kuantan akibat demam, kemudian pada pagi Subuh allahyarham berada dalam keadaan tidak sedar akibat kuman yang telah merebak ke seluruh organ. Pada jam 11.05 pagi 27/05/2009, allayarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuantan. Jenazah allahyarham telah selamat di kebumikan pada petang itu juga selepas asar pada jam lebih kurang 5.45ptg di Beserah, Kuantan.

Jadi, utk sesiapa mengenali allahyarham Muhammad Hafiz bin Mohammad Yusof adik kepada sahabatku ini, Muhammad Habibullah Bin Mohamad Yusof. Marilah kita sama2 Sedekahkan Al-Fatihah agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin. Ameen.

Copyright © 2010 www.aktechpage.com – Learn, UnLearn & ReLearn
o2 2.0 : Designed by eches

0 comments:

Komen & Maklumbalas Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...