Talasemia adalah kecacatan genetik yang paling biasa didapati, dengan kira-kira 250 juta orang, 4.5 peratus daripada penduduk dunia adalah pengidap yang menghadapi ancaman maut. Pada 2010, Malaysia merekodkan 4,768 orang pesakit talasemia yang memerlukan pemindahan darah yang kerap. Manakala 5% daripada penduduknya adalah pembawa.

WE ARE STM

BannerFans.com

Dr JAMEELA BIRTHDAY

Pada 28hb June 2010, kami dari STM telah mengadakan kejutan kepada Dr Jameela Sathar sempena hari jadinya. Ianya telah diatur dengan kerjasama jururawat dan mereka di bahagian Klinik Harian di Aras 3, Hospital Ampang. Kebetulan hari tersebut adalah hari bagi kami perlu membuat FBC.

Walaupun ianya sesuatu yang kecil dari kami pesakit Thalassaemia namun pengertian pengorbanan yang dicurahkan oleh Dr Jameela adalah terlalu besar untuk kami balas. Dengan sebiji kek 'seteskop', makanan ringan dan minuman, Dr Jameela telah meluangkan masa kira-kira 2 jam bersama kami dan jururawat lainnya.

Dengan tugasannya yang mencemburui, Dr Jameela masih boleh memberi nasihat dan memberi kami kata-kata semangat. Turut dibincangkan adalah arah tuju kami dan masa depan yang boleh dilakukan oleh setiap dari kita untuk masa depan yang lebih ceria dan indah.

Thank you..., Doc... :)) 







1 comments:

Hospital calling for more blood donors


Penang Hospital’s blood bank indicator on a tower on Jalan Residensi has been red for the past few weeks.

The signal will be yellow to show a medium supply and green when there is adequate supply.


Running low: The red light is on at the tower to indicate an urgent need for more blood supply.

Penang Hospital medical transfusion unit head Dr Soo Peng Yen said the unit had to consider a few factors before deciding which light to turn on.

“Although we have more than 1,000 pints of blood in the blood bank now, we are running low in platelet supply which is useful for leukaemia or other cancer treatment,” she said on Thursday.

“Sometimes, we may have sufficient blood but be short of a particular blood group so we still have to show a red indicator. It is best to stock up to prepare for any eventualities.”

Donors can walk in from 7.30am to 5.30pm on weekdays except public holidays. Anyone aged between 18 and 65, and weighing 45kg and above can donate blood.

Dr Soo said blood donors should get a good night’s sleep the night before and not donate on an empty stomach. For details, call the blood bank at 04-2225161.



Copyright © 1995-2010 Star Publications (M) Bhd (Co No 10894-D)

0 comments:

Utusan Malaysia Online - Forum

Utusan Malaysia Online - Forum


ARKIB : 14/06/2010

Penjelasan Persekutuan Pertubuhan Talasemia Malaysia


Akhbar Utusan Malaysia dan Metro melaporkan bahawa terdapat sebuah badan yang bernama Berkat atau Badan Kebajikan Talasemia Malaysia akan menganjurkan Majlis Amal Juta Hati pada 24 Julai 2010 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan Setiausaha Kehormatnya Encik Ahlias Md. Yusof beliau menyatakan majlis itu bertujuan untuk mengumpul dana untuk membantu pesakit talasemia di negara ini. Beliau menyatakan bahawa pesakit talasemia memerlukan perbelanjaan rawatan termasuk pemindahan darah sejumlah RM800 sebulan untuk meneruskan hidup.

Untuk makluman tuan, sejak 2006 Kementerian Kesihatan telah meluluskan peruntukan untuk kos rawatan pesakit talasemia sejumlah lebih RM30 juta dan semua rawatan pesakit talasemia adalah percuma termasuk proses pemindahan darah.

Kenyataan Setiausaha Kehormat Berkat itu adalah mengelirukan. Orang ramai diminta menghubungi hospital kerajaan atau Kementerian Kesihatan berhubung dengan dakwaan Berkat itu.

Berkat telah kerap kali menganjurkan pelbagai program kutipan dana dan majlis makan malam untuk pesakit talasemia seperti yang didakwa tetapi kita tidak tahu ke mana dana ini disalurkan.

Persekutuan Pertubuhan Talasemia Malaysia (PPTM) mempunyai ahli iaitu persatuan talasemia di setiap negeri dan semua pesakit talasemia direkodkan di jabatan pediatrik dan jabatan perubatan di setiap hospital kerajaan. Tidak ada daripada mereka yang pernah menerima bantuan atau sumbangan dari Berkat selama ini.

Persekutuan Pertubuhan Talasemia Malaysia meminta orang ramai menghubungi hospital kerajaan atau kementerian kesihatan mengenai sebarang usaha untuk mengumpul dana bagi pesakit talasemia di negara ini supaya ia benar- benar untuk kepentingan pesakit dan tidak disalah guna.

Maklumat lanjut sila hubungi Persekutuan Pertubuhan Talasemia Malaysia Tel: 012 4306340, 04 7303039 (Faks) atau hubungi Datuk Dr. Zulkifli Ismail, Pengerusi Persatuan Talasemia Malaysia di talian 012 2144155.

RAMLI MOHD. YUNUS

Presiden (PPTM)

© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

0 comments:

Komen & Maklumbalas Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...