Talasemia adalah kecacatan genetik yang paling biasa didapati, dengan kira-kira 250 juta orang, 4.5 peratus daripada penduduk dunia adalah pengidap yang menghadapi ancaman maut. Pada 2010, Malaysia merekodkan 4,768 orang pesakit talasemia yang memerlukan pemindahan darah yang kerap. Manakala 5% daripada penduduknya adalah pembawa.

WE ARE STM

BannerFans.com

Utusan Malaysia Online - Forum

Utusan Malaysia Online - Forum


ARKIB : 14/06/2010

Penjelasan Persekutuan Pertubuhan Talasemia Malaysia


Akhbar Utusan Malaysia dan Metro melaporkan bahawa terdapat sebuah badan yang bernama Berkat atau Badan Kebajikan Talasemia Malaysia akan menganjurkan Majlis Amal Juta Hati pada 24 Julai 2010 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan Setiausaha Kehormatnya Encik Ahlias Md. Yusof beliau menyatakan majlis itu bertujuan untuk mengumpul dana untuk membantu pesakit talasemia di negara ini. Beliau menyatakan bahawa pesakit talasemia memerlukan perbelanjaan rawatan termasuk pemindahan darah sejumlah RM800 sebulan untuk meneruskan hidup.

Untuk makluman tuan, sejak 2006 Kementerian Kesihatan telah meluluskan peruntukan untuk kos rawatan pesakit talasemia sejumlah lebih RM30 juta dan semua rawatan pesakit talasemia adalah percuma termasuk proses pemindahan darah.

Kenyataan Setiausaha Kehormat Berkat itu adalah mengelirukan. Orang ramai diminta menghubungi hospital kerajaan atau Kementerian Kesihatan berhubung dengan dakwaan Berkat itu.

Berkat telah kerap kali menganjurkan pelbagai program kutipan dana dan majlis makan malam untuk pesakit talasemia seperti yang didakwa tetapi kita tidak tahu ke mana dana ini disalurkan.

Persekutuan Pertubuhan Talasemia Malaysia (PPTM) mempunyai ahli iaitu persatuan talasemia di setiap negeri dan semua pesakit talasemia direkodkan di jabatan pediatrik dan jabatan perubatan di setiap hospital kerajaan. Tidak ada daripada mereka yang pernah menerima bantuan atau sumbangan dari Berkat selama ini.

Persekutuan Pertubuhan Talasemia Malaysia meminta orang ramai menghubungi hospital kerajaan atau kementerian kesihatan mengenai sebarang usaha untuk mengumpul dana bagi pesakit talasemia di negara ini supaya ia benar- benar untuk kepentingan pesakit dan tidak disalah guna.

Maklumat lanjut sila hubungi Persekutuan Pertubuhan Talasemia Malaysia Tel: 012 4306340, 04 7303039 (Faks) atau hubungi Datuk Dr. Zulkifli Ismail, Pengerusi Persatuan Talasemia Malaysia di talian 012 2144155.

RAMLI MOHD. YUNUS

Presiden (PPTM)

© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

0 comments:

Komen & Maklumbalas Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...