Talasemia adalah kecacatan genetik yang paling biasa didapati, dengan kira-kira 250 juta orang, 4.5 peratus daripada penduduk dunia adalah pengidap yang menghadapi ancaman maut. Pada 2010, Malaysia merekodkan 4,768 orang pesakit talasemia yang memerlukan pemindahan darah yang kerap. Manakala 5% daripada penduduknya adalah pembawa.

WE ARE STM

BannerFans.com

TALASEMIA, HEPATITIS DAN MASALAH HATI

Ramai di antara pesakit talasemia mengalami penyakit berkaitan hepatitis. Ianya boleh menyebabkan ancaman kesihatan yang serius jika tidak dikenal pasti dan dirawat. Kita perlu mengetahui langkah-langkah pencegahan dan  berusaha untuk meningkatkan kualiti kesihatan kita dalam masa yang sama.

talasemia hati hepatitis
Jagailah hati anda
Pemahaman tentang permasalahan penyakit hati pada kebelakangan ini telah menyedarkan pesakit untuk menghadapinya dengan keadaan yang lebih positif. Pesakit kini dikendalikan dan dijaga oleh mereka yang berpengalaman tentang talasemia. Oleh itu pesakit akan menerima perawatan yang lebih baik dengan hasil kesihatan yang optimum dalam masa yang sama mengurangkan permasalahan berkaitan dengan hati.

Mengapa sesetengah pesakit talasemia menghadapai pemasalahan hati?
Pesakit talasemia mengalami masalah zat besi berlebihan. Keadaan ini disebabkan oleh anemia, yang mana badan perlu menghasilkan lebih banyak sel darah merah(yang mengandungi zat besi). Zat besi berlebihan juga disebabkan oleh transfusi darah yang diterima pesakit. Melainkan zat besi ini dibuang melalui proses chelation, ianya akan terus tinggal kekal di dalam badan terutamanya di bahagian organ-organ badan seperti jantung dan hati.

Salah satu fungsi hati adalah untuk menyimpan zat besi, yang mana akan digunakan bila mana perlu. Hati akan seolah-oleh seperti mengalu-alukan zat besi. Namun zat besi yang diterima oleh pesakit yang tidak melakukan proses chelation agak berlebihan dan tidak terkawal. Keadaan zat besi yang terlalu banyak dan berlebihan ini boleh menyebabkan hati mengalami “fibrosis” dan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi lebih serius dikenali sebagai  “cirrhosis”.

Disamping itu sesetengah pesakit mengalami komplikasi hati akibat jangkitan virus Hepatitis A, B atau C. Hepatitis B dan C boleh menyebabkan fibrosis, manakala Hepatitis A jarang menyebabkan kerosakan tetapi ia boleh memburukkan lagi kerosakan yang dilakukan oleh Hepatitis C. Salah satu cara pesakit dijangkiti ketiga-tiga virus tersebut adalah melalui transfusi darah dari penderma yang telah dijangkiti.

Tetapi transfusi ataupun pemindahan darah merupakan salah satu terapi utama bagi pesakit talasemia. Bagaimana mungkin saya berasa selamat?
Kini terdapat vaksin untuk hepatitis A dan B. Walaupun masih ada beberapa kes masih dijangkiti selepas dijalankan suntikan. Namun tiada vaksin dijumpai berkesan untuk hepatitis C sehingga kini.

Kerajaan AS telah melakukan banyak langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi bekalan darah mereka. Pada 1992, mereka telah membanguankan kaedah ujian, dan ia telah mengurangkan kebarangkalian jangkitan hepatitas melalui pendermaan darah.

Menurut Palang Merah Amerika, 1 dari 205,000 transfusi darah menyebabkan jangkitan hepatitis B. Manakala 1 dari 1,935,000 pula menyebabkan jangkitan hepatitis C. Pun begitu tidak semua yang dijangkiti hepatitis akan mengalami penyakit tersebut. Namun sebagaimana kita ketahui faedah transfusi darah untuk pesakit talasemia adalah melebihi jangkaan risiko jangkitan hepatitis itu sendiri.

Apakah simptom-simptom pemasalahan hati?
Pada kebiasaannya mereka yang dijangkiti virus hepatitis tidak menunjukkan sebarang simptom. Oleh itu jangkitan hepatitis B dan C tidak dikenal pasti atau didiagnose untuk beberapa lama (Simptom hepatitis A menunjukkan tanda-tanda seawal 2 bulan pertama)

Simptom-simpton jangkitan hepatitis biasanya adalah :

Demam
Sakit kepala
Keletihan
Loya dan muntah-muntah
Cirit-birit
Hilang selera makan
Sakit perut (biasanya di sebelah kanan, sedikit ke bawah rangka dada)
Sakit otot
Sakit sendi
Mengalami kegatalan
Air kencing dan najis yang kegelapan
Mengalami kekuningan (kulit dan/atau mata)
Perubahan mood
Berpeluh malam

hepatitis simptom talasemia
Simptom-simptom hepatitis

Simptom pada tahap cirrhosis pula termasuk :

Kemerahan pada tapak tangan
Merah, ruam di dada, bahu atau muka
Bengkak di perut, kaki atau betis (disebabkan oleh penambahan cecair)
Kehilangan otot
Penurunan berat badan
Jangkitan yang kerap
Keletihan
Mudah lebam
Kegatalan
Hidung kerap berdarah
Darah di dalam najis atau air kencing
Kekeliruan atau masalah ingatan
Kekuningan

Simptom-simptom hepatitis dengan gejala cirrhosis

Bagaimana mendignosis masalah atau komplikasi hati?
Terdapat beberapa ujian dalam menentukan tahap kesihatan hati yang boleh memberi maklumat tentang kemungkinan terdapat komplikasi pada hati tersebut.

Setiap 3 bulan ujian Liver Function Enzyme Screening (AST/SGOT, ALT/SGPT) akan dilakukan. Ujian ini bertindak sebagai sistem amaran awal untuk doktor mengenal pasti masalah yang bakal timbul.

Jika tahap ALT lebih tinggi daripada biasa doktor anda harus mempertimbangkan untuk melakukan ujian tersebut setiap bulan. Jika ALT yang berterusan tinggi untuk 6 bulan atau lebih, seharusnya biopsi hati harus dilakukan.

Terdapat beberapa ujian berkaitan hati yang sepatutnya pesakit talasemia lakukan. Ia mungkin kaedah penjagaan kesihatan yang perlu dilakukan saban tahun.





Ketentuan pesakit talasemia perlu melakukkan ujian tersebut bergantung kepada beberapa perkara :

Hepatitis C ujian Antibodi
Hepatitis C virus RNA Viral Load
Hepatitis B panel
Hepatitis A panel
Ujian HIV
Serum AFP dan ultrasound pada abdomen badan
Penilaian tahap zat besi pada hati melalui biopsi atau melalui MRI (R2 sebagimana diluluskan oleh FDA Ferriscan)

Apa yang terlibat dalam ujian ini?
Kebanyakkan ujian tersebut melibatkan ujian darah. Ultrasound pada bahagian abdomen adalah pemeriksaan organ dalaman menggunakan alatan untuk menghasilkan gambar dengan gelombang suara(soundwave).

Biopsi pada hati pula adalah prosedur di mana sebahagian kecil daripada hati dikeluarkan dan diperiksa untuk kepastian tahap zat besi dan pemasalahan lain. Biasanya jarum digunakan untuk prosedur ini dengan memasukkannya melalui atau dibawah rangka dada dengan menggunakkan ultrasound sebagai panduannya. Ubat pelali anestetik biasanya digunakan untuk prosedur ini.

MRI (Magnetic Resonance Imaging) adalah penilaian zat besi non-invasive dikenali sebagai R2 ataupun Ferriscan. Pesakit berbaring dan digerakkan ke dalam mesin MRI. Mesin tersebut mengambil gambar organ dalaman. Prosedure ini tidak menyakitkan. Pesakit hanya perlu baring dan menahan nafas setiap kali gambar diambil. Walaupun mesin MRI biasa diapati dikebanyakkan hospital, pembacaan zat besi hanya boleh dilakukan di pusat rawatan talasemia yang mempunyai software yang sepatutnya.

Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah komplikasi hati?
2 perkara yang boleh dilakukan oleh pesakit talasemia untuk mencegah komplikasi hati. Iaitu, mengikuti dan patuh pada rawatan terapi chelation(pembuangan zat besi) dan mengambil ujian untuk mengenal pasti tanda-tanda awal pemasalahan yang bakal timbul.

Disamping itu, terdapat langkah-langkah lain yang juga perlu diambil kira. Kurangkan pengambilan alkohol, kerana pengambilan yang berlebihan boleh merosakkan hati. Pesakit yang dijangkiti hepatitis C yang mengambil alkohol berlebihan boleh merosakkan hati yang lebih teruk. Minum air dengan banyak adalah salah satu diet yang sihat dan begitu juga untuk hati. Selalulah berbincang dengan pakar hematologi dan nutritasi yang memahami keperluan pesakit talasemia. Mereka juga boleh mengenalpasti diet yang sesuai untuk anda.




Bagaimana komplikasi hati dirawat?
Dalam kebanyakkan kes, pesakit dikehendaki menukar terapi chelation. Buangkan sebanyak mungkin zat besi dari hati adalah diperlukan agar komplikasi tidak akan bertambah teruk. Cara perawatan pula berbeza bagi setiap individu yang berlainan.

Hepatitis A biasanya tidak berapa teruk dan tidak lama. Oleh itu tiada perawatan khusus melainkan penukaran diet dan sokongan nutritasi unutk diarrhea.

Kedua-dua hepatitis B dan C biasanya dirawat dengan ubat antiviral. Salah satu cara rawatan yang berkesan bagi kebanyakkan populasi adalah melalui kaeah kombinasi peginterferon alfa dan ribavirin. Walaupun pada awalnya kaedah ini dikhuatiri menyebabkan peningkatan kepada keperluan transfusi. Penemuan terbaru menyatakan yang kebanyakkan pesakit dapat menerima faedah dari kaedah ini walaupun terdapat sedikit peningkatan kepada transfusi. Penemuan saintafik pada masa kini dan akan datang akan memberi maklumat tentang keberkesanan kaedah rawatan ini pada pesakit talasemia.

Menidakkan gejala fibrosis and cirrhosis adalah amat sukar. Kebanyakkan rawatan tertumpu kepada pencegahan kerosakkan yang lebih teruk. Oleh itu penukaran kaeah terapi chelation, kaedah rawatan lain juga termasuk berhenti mengambil alkohol, berhenti atau pengurangkan beberapa ubat dan vitamin. Rawatan ini perlu melibatkan keseluruhan pasukan penjaga dan penyedia kesihatan bagi pesakit talasemia tersebut.

Bilamana gejala cirrhosis meningkat, ia menyebabkan beberapa komplikasi, termasuk peningkatan cecair dalam abdomen, pendarahan pada digestive tract dan fungsi mental. Komplikasi tersebut memerlukan perawatan termasuk penukaran diet, perubatan(seperti diuretics, beta blockers dan antibiotik) dan juga pembedahan untuk mengelakkan pendarahan dalaman.

Cirrhosis boleh menyebabkan kanser hati, oleh itu adalah penting untuk menilai dan memantau status pesakit sekerap mungkin. Ujian untuk menilai tahap AFP(alpha-fetoprotein) adalah penting untuk menentukan kemungkinan kanser hati. Penggunaan ultrasound juga penting untuk menentukan tahap risiko yang dihadapi.

Kesedaran untuk mencegah komplikasi hati pada pesakit talasemia adalah amat penting. Pastikan anda menjalani ujian penjagaan tahunan (annual comprehensive care evaluation), suku tahuanan ataupun bulanan (bilamana perlu) juga Ujian Fungsi Enzaime Hati (Liver Function Enzyme Screenings). Ia adalah perlu untuk menentukan status tahap kesihatan hati anda. Bilamana hati anda mula mengalami kerosakkan, anda perlu untuk mengelakkannya menjadi lebih teruk. Ujian dan pemantauan secara kerap oleh mereka yang berpengetahuan tentang talasemia dan hati adalah penting bagi pesakit yang telah mengalami kerosakkan hati.


HEPATITIS TIDAK MENGENAL SIAPA
500 JUTA TELAH IJANGKITI
28 JULAI 
HARI HEPATITIS SEDUNIA

Hasil adaptasi dan alih bahasa oleh STM dari 

Sila layari http://www.worldhepatitisalliance.org/en/home.html untuk maklumat lanjut


Informasi di atas adalah untuk pendidikan dan kesedaran sahaja. Informasi ini tidak boleh digunakan  untuk mendiagnos dan merawat masalah kesihatan tanpa konsultasi dari pakar dan penyedia rawatan dan kesihatan yang diamanahkan. STM mengalu-alukan sebarang persoalan kesihatan yang anda alami dengan menyalurkannya kepada pakar dan penyedia kesihatan yang ditauliahkan.

STM sama sekali tidak memiliki hak cipta berkenaan dengan segala informasi dan gambar yang dikongsi di atas. Ianya sepenuhnya adalah milik The Cooley’s Anemia Foundation, 330 Seventh Ave., #900, New York, NY 10001 www.cooleysanemia.org  info@cooleysanemia.org  (800) 522-7222. Harap maklum.


1 comments:

TINTA BUAT SAHABAT

sahabat talasemia

Oleh: Umar al-Qari 
Editor: Rasailul Ashwaq 

Tika aku kesepian, 
Kau datang membawa kegembiraan, 
Tika aku kedukaan, 
Kau hadir mengubat jiwa, 
Tika aku kegelisahan, 
Kau di sisi memberi ketabahan. 

Sahabat, 
Jika aku lupakan Yang Esa, 
Ajaklah aku mengingatiNya, 
Jika aku gembira tak terkata, 
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaranNya, 
Jika aku bersedih tanpa bicara, 
Pintalah aku agar berserah kepadaNya. 

Sahabat, 
Kaulah hadiah Allah untukku, 
Apa yang aku harapkan, 
Adalah ukhuwah yang berkekalan, 
Sehingga ke akhir hayat kita. 

Ukhuwah fillah abadan abada.

0 comments:

TALASEMIA DARI ASPEK PSIKOLOGI

malaysia thalassaemia psychology
Keluarga dan teman-teman thalas
Untuk terus hidup dengan kualiti yang lebih baik, pesakit talasemia mesti patuh pada rawatan yang sukar dan mahal. Dalam masa yang sama mereka berhadapan dengan masalah penampilan fizikal yang agak berlainan, masalah tumbesaran. 

Cabaran hidup, yang mana mereka merasakan diri mereka berbeza daripada orang lain ditambah dengan ketidaktentuan tentang masa depan. Ianya menambah kepada tekanan dan desakan hidup setiap hari.


impian keluarga thalas
Keluarga thalas juga punya impian dan harapan   
Terdapat juga perasaan bersalah yang mungkin boleh menjadi beban kepada keluarga pesakit. Ibu bapa sentiasa mengalami kebimbangan tentang rawatan dan kehidupan anak-anak. Ini menambahkan dengan perasaan bersalah kerana mereka berfikir bahawa kerana merekalah anak-anak terpaksa menghadapi kesukaran tersebut.  

Di samping itu terdapat masalah ekonomi dan kewangan yang mana ibu bapa perlu mencari sumber-sumber untuk mendapatkan rawatan. Mereka agak terpinggir dari arus perdana dengan taraf pendidikan yang lebih rendah. Keluarga dan pesakit sering menerima kualiti perkhidmatan yang rendah, kadang kala hingga perlu mendapat ihsan dan simpati untuk terus hidup dan menyesuaikan diri berbanding mereka yang normal dan berkemampuan.




Pesakit dan keluarga thalas amat memerlukan sokongan psikososial, terutama dari mereka yang menyediakan perkhidmatan perubatan seperti doktor dan jururawat. Mereka perlu lebih sensitif dalam menangani isu-isu sebegini. Mungkin pendekatan yang holistik diperlukan untuk menjaga dan menangani masalah dan cabaran hidup pesakit thalas. Sokongan pakar psikologi dan NGO juga boleh membantu. Sokongan dari pelbagai peringkat ini dapat membantu keluarga dan pesakit menjalani hari-hari mereka dengan penuh berkeyakinan. Seterusnya menerima perkhidmatan perubatan yang berkualiti.



Informasi di atas adalah untuk pendidikan dan kesedaran sahaja. Informasi ini tidak boleh digunakan  untuk mendiagnos dan merawat masalah kesihatan tanpa konsultasi dari pakar dan penyedia rawatan dan kesihatan yang diamanahkan. STM mengalu-alukan sebarang persoalan kesihatan yang anda alami dengan menyalurkannya kepada pakar dan penyedia kesihatan yang ditauliahkan.


1 comments:

HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 2013

blood donor day







Hari Penderma Darah Sedunia yang disambut pada 14 hari bulan Jun setiap tahun. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai perlunya menderma darah. Disamping itu ia juga merupakan manifestasi kita untuk mengucapkan terima kasih kepada penderma yang membantu menyelamatkan banyak nyawa. Slogan Hari Penderma Darah Sedunia oleh WHO tahun ini yang bersamaan dengan ulangtahun ke-10 adalah "GIVE THE GIFT OF LIFE : DONATE BLOOD". Slogan atau tema tersebut memberi tumpuan pada nilai menderma darah. Semoga dengan ini kita akan memahami bahawa menderma darah bukan sahaja menyelamatkan nyawa, tetapi juga dapat membantu memanjangkan jangka hayat dan memberi peluang kepada seseorang untuk menjalani kehidupan mereka dengan lebih produktif.
blood donor day


Darah yang digunakan dalam proses transfusi membantu menyelamatkan banyak nyawa setiap tahun. Ianya membantu pesakit yang dalam keadaan terancam nyawanya untuk hidup lebih lama dengan kualiti hidup yang lebih baik. Ia juga amat membantu dalam prosedur perubatan dan pembedahan yang kompleks. Tentunya ia juga penting dalam menyelamatkan nyawa ibu ketika melahirkan anak.
blood donor day

blood donor day

blood donor day
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen World Blood Donor Day oleh WHO sila layari http://www.who.int/campaigns/world-blood-donor-day/2013/en/index.html

0 comments:

MANFAAT MENDERMA DARAH



KESIHATAN JANTUNG
Menderma darah meningkatkan tahap kesihatan secara keseluruhan terutama untuk kardiovaskular anda. Penambahan tahap zat besi dalam darah akan meningkatkan kebarangkalian penyakit jantung. Menderma darah membantu mengurangkan jumlah besi dalam darah. Ia boleh mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 88%. Selain itu, penderma yang kerap boleh mengurangkan risiko kardiovaskular yang teruk seperti strok sebanyak 33%.

MENINGKATKAN PENGELUARAN SEL DARAH
Apabila darah berkurangan, badan penderma akan segera menggantikan darah yang hilang. Sel-sel baru yang dihasilkan oleh sumsum dalam tempoh 48 jam selepas menderma. Kesemua sel-sel darah merah yang hilang semasa menderma digantikan sepenuhnya dalam tempoh satu hingga dua bulan. Oleh itu, menderma darah membantu untuk merangsang pengeluaran sel-sel darah baru. Proses ini boleh membantu badan anda untuk kekal sihat dan bekerja dengan lebih cekap.

MEMBAKAR KALORI
Menderma darah secara tetap juga boleh meningkatkan kecergasan. Menderma satu pain darah (450 ml) akan membakar 650 kalori dalam badan.

MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN WARGA EMAS
Ramai orang tua yang sihat telah dilaporkan merasa cergas dan bertenaga apabila menderma darah secara tetap.

MENGURANGKAN RISIKO KANSER
Derma darah juga membantu mengurangkan risiko kanser. Menurut Miller-Keystone Blood Center, menderma darah secara konsisten dikaitkan dengan penurunan risiko kanser, termasuk hati, paru-paru, kolon, perut dan kanser tekak. Tahap risiko yang berkurangan berkait dengan menderma berapa kerap kita menderma.


SARINGAN KESIHATAN PERCUMA
Di samping itu, penderma mendapat pemeriksaan kesihatan percuma serta ujian darah. Ujian tahap HB, tekanan darah dan pemeriksaan badan dilakukan. Darah juga diuji untuk beberapa penyakit utama dan penderma akan dimaklumkan jika mana-mana ujian ini menunjukkan hasil yang positif.

MENYELAMATKAN NYAWA
Dengan menderma darah, banyak nyawa akan diselamatkan. Penderma darah memberi pesakit seperti harapan kepada kehidupan.

MEMBAWA KEBAHAGIAAN 
Apabila anda menderma darah, anda bukan sahaja memberi kesan kepada pesakit yang bergantung hidup atas sumbangan anda. Ia juga anugerah kepada mereka keluarga dan mereka yang terdekat kepada pesakit tersebut. Seluruh masyarakat akan mendapat manfaat daripada kemurahan hati penderma darah.

 Sumber:http://www.tibetcharity.in/content/health-benefits-donating-blood




HEALTH BENEFITS OF DONATING BLOOD



IMPROVES HEART HEALTH
Donating blood improves your overall cardiovascular health. Increased level of iron in the blood raises the chance of heart disease. Regularly donating blood helps males in particular to reduce the amount of iron in the blood. This can reduce the chance of heart attack by 88%. Additionally, regular blood donation can lower the risk of severe cardiovascular events such as stroke by 33%.



ENHANCES THE PRODUCTION OF NEW BLOOD CELLS
When blood is withdrawn, the donor's body immediately begins to replenish the lost blood. New cells are produced by marrow within 48 hours of donation, and all of the red blood cells the donor loses during donation are completely replaced within one to two months. Therefore, donating blood helps to stimulate the production of new blood cells. This process of replenishment can help your body stay healthy and work more efficiently.



BURNS CALORIES
Donating blood on a regular basis can also improve fitness. Donating one pint of blood (450 ml) burns 650 calories in donor's body.



ENHANCES FEELING OF WELL BEING IN ELDERLY PEOPLE
Many elderly people who are in good health have reported feeling invigorated and reenergized by giving blood on a regular basis.



REDUCES CANCER RISK
Give blood to help lower your risk of cancer. According to the Miller-Keystone Blood Center, consistent blood donation is associated with lowered risks of cancers, including liver, lung, colon, stomach and throat cancers. Risk levels drop in correlation with how often participants donate blood.



FREE HEALTH SCREENING DONE
In addition to all of these benefits, a donor receives a free prior health screening plus mini blood test. There will be an HB level test, as well as a blood pressure and body check. Blood is also tested for some major diseases and the donor is immediately informed in strict confidentiality if any of these tests show positive results.



SAVES LIVES
By donating blood, many lives are saved and hope is given to many whose situation may otherwise be hopeless. Blood donors give such patients a second lease of life.



BRINGS JOY TO MANY
When you donate blood, you impact not only the patient whose life may depend on your donation, but also all those who depend on that patient. The entire community will benefit from he spirit of generosity.


Hasil adaptasi dan dialih bahasa oleh STM dari

Informasi di atas adalah untuk pendidikan dan kesedaran sahaja. Informasi ini tidak boleh digunakan  untuk mendiagnos dan merawat masalah kesihatan tanpa konsultasi dari pakar dan penyedia rawatan dan kesihatan yang diamanahkan. STM mengalu-alukan sebarang persoalan kesihatan yang anda alami dengan menyalurkannya kepada pakar dan penyedia kesihatan yang ditauliahkan.


1 comments:

ALL ABOUT THALASSAEMIA


Versi alih bahasa

Buku ini diusahakan untuk menerangkan tentang apa itu talasemia dan asasnya,  terutama  kepada anak-anak kecil. Seharusnya banyak usaha sebegini perlu diusahakan. Dengan ini kesedaran mengenai talasemia lebih menyeluruh dan berkesan terutamanya bagi masyarakat awam. Segala usaha dan bantuan untuk mengalih bahasa terutama bagi bahan bacaan sebegini amat dialu-alukan. Semoga ia dapat menghasilkan wadah bacaan yang sempurna untuk semua. Ia juga memberikan kita harapan masa depan yang lebih baik dan berkualiti untuk generasi yang akan datang.

Penafian (Disclaimer)
Sahabat Thalassaemia Malaysia tidak memiliki hak cipta untuk buku ini. Segala usaha dan 'kredit' adalah dimiliki oleh Thalassaemia International Federation.





SEGALANYA TENTANG TALASEMIA
OLEH

DR ANDROULLA ELEFTHERIOU
 



Hello! Nama saya Harry. Saya adalah kawan adik-adik
yang amat kecil. Saya tinggal di dalam badan adik-adik.

Pernahkah adik-adik terluka ketika bermain di taman?
Pernahkah adik-adik terlihat cecair kemerahan di bahagaian kulit
yang terluka itu? Ia adalah darah. Kita semua mempunyai darah.
Mereka semua seperti saya, kawan adik-adik yang amat kecil.
  
Kami semua kelihatan sama, kami berwarna merah.
Kami juga kelihatan seperti plate yang amat kecil.

Tugas kami adalah untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian
badan adik-adik. Oksigen didapati dari udara bilamana adik-adik
bernafas. Ia memberikan tenaga kepada setiap bahagian badan
adik-adik. Dengan itu adik boleh berlari, ketawa, melompat
dan bermain. 

Untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian badan adik-adik,
kami mendapat pertolongan dari haemoglobin. Setiap dari kami
iaitu Sel Darah Merah, mempunyai banyak blok-blok
haemogolobin yang membawa oksigen.

Keluarga kami, Sel Darah Merah bukan berseorangan
di dalam darah. Ada tiga keluarga lain yang ada bersama:
Mereka adalah keluarga Sel Darah Putih, keluarga Sel Platelets
dan juga keluarga Plasma.
Sel Darah Putih : Kawan kita ini berwarna keputihan.
Mereka adalah askar yang memerangi kuman-kuman.
Mereka memastikan adik-adik sentiasa sihat.
Platelets : Kawan-kawan di dalam keluarga Platelet kelihatan seperti
telur yang amat kecil. Bilamana adik-adik terluka, mereka akan
berkumpul dan bersama-sama membina tembok
untuk menghentikan pendarahan

Adik-adik tahu tak dari manakah darah dihasilkan?
Kami sebenarnya dihasilkan oleh kilang yang terletakcdi 
dalam tulang. Tapi, kadang kala kilang kita ini ada masalah.
Ia tidak  menghasilkan Sel Darah Merah bersama dengan 
pembantunya yang baik iaitu haemoglobin. 

Bila keadaan sebegini berlaku keluarga kami dan sel darah 
merah tidak berupaya membawa oksigen  ke seluruh bahagian badan. 
Tanpa nutrasi dan oksigen secukupnya, badan adik-adik akan mudah 
merasa letih. Adik akan kelihatan lemah dan tidak berupaya. Doktor 
mengatakan keadaan ini dikenali sebagai anameia ataupun talasemia.

Ramai kanak-kanak di dunia yang mempunyai talasemia 

Bila adik-adik mempunyai talasemia, keluarga Sel Darah 
Merah juga lemah. Bantuan doktor diperlukan. Doktor memberikan 
kita Sel Darah Merah yang baru dan sihat. Proses ini dipanggil 
transfius atau pemindahan darah. Ia dilakukan di hospital, 
dimana ramai akan membantu adik-adik.

Ianya dimana doktor dan jururawat akan menyuntik lengan
adik-adik menggunakkan jarum yang kecil. Tapi ia tidaklah
begitu menyakitkan.

Di hospital adik-adik dapat menghabiskan banyak masa untuk
melakukan aktiviti yang adik suka. Apa yang adik-adik suka lakukan?
Ada kawan-kawan kita yang suka mendengar cerita, berlawak jenaka atau
menonton televisyen. Adik-adik juga boleh berjumpa dan
berkenalan dengan kawan-kawan baru.

Kita merasakan agak tidak selesa bila pertama kali pergi ke hospital.
Tetapi selepas pemindahan darah, adik-adik akan mendapat banyak
Sel Darah Merah yang baru. Ia akan membantu membawa oksigen
keseluruh badan. Dengan itu adik-adik akan merasakan lebih bertenaga.

Tapi...., Sel Darah Merah ini tidak bertahan lama.Setelah beberapa
ketika adik-adik akan rasa kembali penat. Doktor tahu..., oleh itu
setelah beberapa minggu, adik-adik diminta kembali ke hospital
untuk menambah Sel Darah Merah yang baru. Dengan itu adik-adik
akan kembali merasa kuat dan sihat. Hampir setiap bulan adik-adik
perlu mengulangi proses ini. Dengan itu adik-adik akan kembali lebih
bertenaga untuk berlari, melompat, ketawa dan bermain
bersama kawan-kawan

Sel Darah Merah yang baru ini amat membantu. Tapi badan
adik-adik memerlukan  bantuan tambahan. Adik-adik ingat tak
haemoglobin,  kawan kita yang menolong Sel Darah Merah dengan
membawa oksigen ke seluruh badan?
Ia dapat melakukan kerana haemoglobin mempunyai zat besi
yang terlekat padanya. Selepas beberapa minggu Sel Darah Merah 

pecah, zat besi juga turut pecah. Ia berlaku setiap kali selepas 
pemindahan darah dilakukan. 

Zat besi yang terhasil bilamana Sel Darah Merah pecah akan mencari
tempat  tinggal  didalam  badan. Seterusnya ia menyukarkan badan
adik-adik untuk bekerja secara baik. Kulit adik-adik bertambah gelap,
adik merasa lemah dan pembesaran tidak teratur. Oleh itu adik-adik
memerlukan bantuan untuk mengeluarkan zat besi berlebihan dari badan.

Oleh itu oktor memberikan ubatan untuk mengeluarkan
zat besi berlebihan tersebut. Ia umpama magnet yang
mengumpul zat besi berlebihan dan keluarkannya dari
badan setiap kali adik-adik ke bilik air. Pembungan zat
besi ini dinamankan Iron Chelation.

Ada pelbagai jenis ubatan untuk mengeluarankan lebihan zat besi
dari badan  kita.  Salah satunya menggunakan  jarum dan pam! Jarum
suntikan akan diletakkan di bawah kulit untuk beberapa jam diwaktu
siang dan malam. Ianya tidak berapa selesa. Tapi bila adik di biasa
melakukannya ianya tidaklah begitu sukar. Adik mungkin perlu memakai
pam tersebut pada waktu tidur atau dimana saja seperti di taman, di sekolah
 atau di rumah kawan. Seperti saya pam adalah kawan baik adik-adik.


Ubatan lain untuk mengeluarkan zat besi berlebihan adalah
berbentuk pil. Adik-adik boleh memakannya seperti  
ubatan bertablet yang lain berserta dengan minuman.

Apa ajer jenis ubatan yang doktor beri, ibu dan bapa adik-adik 
akan memastikan  adik-adik mengambilnya dengan betul sehingga 
adik-adik dewasa dan pandai melakukannya sendiri. Adik jangan lupa, 
adik tidak keseorangan! Doktor dan jururawat sentiasa akan menjaga adik-adik, 
kawan-kawan lain juga akan membantu.

Kini adik-adik telah mengetahui tentang kami, Sel Darah 
Merah dan lawan-kawan kita lain di dalam darah. 
Adik-adik juga telah tahu apa itu talasemia. Adik boleh 
kongsikan maklumat ini dengan kawan-kawan talasemia lain 
dan mereka yang prihatin dan ingin tahu apa itu talasemia.


Hasil adaptasi dan dialih bahasa oleh STM dari








3 comments:

Komen & Maklumbalas Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...