Talasemia adalah kecacatan genetik yang paling biasa didapati, dengan kira-kira 250 juta orang, 4.5 peratus daripada penduduk dunia adalah pengidap yang menghadapi ancaman maut. Pada 2010, Malaysia merekodkan 4,768 orang pesakit talasemia yang memerlukan pemindahan darah yang kerap. Manakala 5% daripada penduduknya adalah pembawa.

WE ARE STM

BannerFans.com

Menggugurkan Janin Pembawa atau Pengidap Penyakit Thalassaemia




Isu pengguguran janin adalah merupakan isu sensitf terutama kepada umat Islam Malaysia. Bagaima pula jika janin tersebut telah dikenal pasti mengidap Thalassaemia? 

Ibu bapa perlu membuat pilihan tepat samada ianya patut digugurkan atau tidak. Langkah-langkah awal sebelum membuat keputusan, seperti mendapatkan nasihat dari pakar Thalassaemia, keluarga dan lain-lain amatlah disarankan.

Berikut adalah keputusan Fatwa Majlis Kebangsaan : 


Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Menggugurkan Janin Pembawa atau Pengidap Penyakit Thalassaemia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri;
     
  2. Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu; dan
     
  3. Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk.

Termination Of Pregnancy Due To Thalassemia

Decision : 

The 52nd Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 1st July 2002 has discussed on termination of pregnancy due to thalassemia. The Committee has decided that:

1. It is frowned upon (makruh) to terminate pregnancy aged one to 40 days if the pregnancy does not harm the mother and agreed to by the husband and the wife

2. Termination of pregnancy before 120 days is permissible if the foetus is disfigured, ill and can harm the life of the mother; and

3. Termination of pregnancy aged 120 days or more is prohibited and considered as a crime against the unborn baby as the soul already entered the foetus, unless it is done to protect the life of the mother because of severe deformity.


Untuk maklumat lanjut sila layari JAKIM 
For further info, please browse JAKIM

0 comments:

Komen & Maklumbalas Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...