Talasemia adalah kecacatan genetik yang paling biasa didapati, dengan kira-kira 250 juta orang, 4.5 peratus daripada penduduk dunia adalah pengidap yang menghadapi ancaman maut. Pada 2010, Malaysia merekodkan 4,768 orang pesakit talasemia yang memerlukan pemindahan darah yang kerap. Manakala 5% daripada penduduknya adalah pembawa.

WE ARE STM

BannerFans.com

AKU ADALAH THALAS

Kami di STM mengusulkan untuk pesakit-pesakit Thalas untuk berkongsi rasa dan pengalaman kehidupan bersama kami di sini. Seperti semua tahu, pejalanan hidup adalah guru terbaik dalam memberi panduan. Dari pengalaman kita belajar untuk merangkak, melangkah, kemudiannya berlari. Mungkin kita jatuh beberapa kali. Namun setiap kali kita jatuh, kita bangkit dan bangun. Belajar dan berlari lagi. 

Setiap derap langkah diambil memberi pelbagai warna dalam kehidupan. Ada yang suka, ada yang duka, ada yang gembira. Biar apa warna sekali pun ia tetap terpahat dalam memori dan menjadi relati kehidupan kita hari ini. Dan warna-warna itulah yang mencipta diri kita kini. Itulah warna kehidupan kita.

Baik atau buruk bukan ukuran yang nyata. Pengalaman mengajar kita menjadi insan yang lebih sempurna. Setiap insan ada punya kelemahan, ada punya kesilapan. Namun anugerah yang Esa memberi kita kelebihan untuk belajar dan mencuba dan terus mencuba. Agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Kemudiannya bangkit, bangun dan berlari dengan lebih sempurna

Dan di sini anda diminta untuk melakarkan wajah pejalanan kehidupan anda sebagai pesakit Thalas atau sebagai keluarga Thalas untuk dikongsi bersama. Semoga coretan itu nanti menjadi panduan, sempadan dan inspirasi pada insan-insan yang lain dan generasi Thalas seterusnya. Dengan harapan mereka akan mempunyai panduan dan keyakinan yang tinggi. Demi kualiti hidup yang lebih baik untuk mereka dan keluarga yang tersayang.

Tidak mengapa kita tidak mempunyai wang dan harta berjuta. Namun kita punya hati putih telus. Amal jariah untuk Thalas masih tersedia, dengan berkongsi pengalaman dan rasa dengan lain-lain Thalas atau bukan Thalas ianya tetap mendapat balasan yang dijanjikanNya. Insyallah. Selamat beramal dan berkongsi rasa.... 


Love N Peace
AdlyShuib 

2 comments:

  1. Bagaimana caranya....

    1. Lakarkan coretan hidup anda
    2. Gunakan nama pena atau samaran utk diri anda atau mereka atau tempat yg berkaitan
    3. Email pada saya(ad2mind@gmail.com)utk diolah; jika perlu
    4. Coretan anda yg telah kemas kini akan di emailkan kembalikan pada anda
    5. Setelah mendapat pengesahan dan persetujuan dari anda, coretan akan dipublishkan di STM
    6. STM tidak akan bertanggungjawab atas segala informasi yang disampaikan dalam coretan tersebut

    ReplyDelete
  2. idea yg bagus utk sharing n pengalamam mematangkan setiap kejadian yg berlaku.

    ReplyDelete

Komen & Maklumbalas Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...