BAPAK MALANG BUKIT JALIL
Nukilan Mawar Biru
Coretan berikut adalah hasil luhan dari sekeping hati. Walaupun ianya tiada kena mengena dengan talasemia secara langsung. Namun hati dan perasaan itu adalah terlalu dekat, kerana ianya datang dari keluarga pesakit thalas.
Di samping mengharungi liku-liku kehidupan sama seperti mereka yang normal, mereka juga perlu menangani permasalahan kesihatan dan cabaran hidup sebagai pesakit thalasemia. Oleh itu tidaklah salah kalau dikatakan talasemia adalah anugerah. Anugerah dari YANG MAHA ESA untuk insan yang dipilihNya. Mereka istimewa kerena dipilih untuk menghadapi segala ujian dan rintangan dariNya, kerana DIA inginkan kita sentiasa dekat denganNya, berdoa dan bertawakal hanya padaNya....
Di samping mengharungi liku-liku kehidupan sama seperti mereka yang normal, mereka juga perlu menangani permasalahan kesihatan dan cabaran hidup sebagai pesakit thalasemia. Oleh itu tidaklah salah kalau dikatakan talasemia adalah anugerah. Anugerah dari YANG MAHA ESA untuk insan yang dipilihNya. Mereka istimewa kerena dipilih untuk menghadapi segala ujian dan rintangan dariNya, kerana DIA inginkan kita sentiasa dekat denganNya, berdoa dan bertawakal hanya padaNya....
Warkah untuk seorang lelaki bergelar suami dan bapak malang bukit jalil...
Warkah ini dikarang bukan untuk menyatakan aku lebih baik dari tuan. Cuma luahan hati dari seorang yang sememangnya kau tidak kenali. Yang sememangnya kau anggap aku yang terburuk dari segala segi, yang bodoh, tidak pandai, bangang dan segala macam yang kau pikirkan yang tidak terluah dan terdetik sedikit pun dalam pikiran manusia waras.
Tuan banyak habiskan masa tuan saban hari dengan hobi memancing di kolam. Yang setahu aku sesuatu hobi itu cuma dilakukan ketika waktu lapang. Baguslah begitu, kerana rajin nyer tuan ke kolam bermaksud tuan punya banyak waktu terluang. Syabas juga sebab pemancing macam tuan biasanya mempunyai mental kretiviti yang amat tinggi. Sambil memancing sambil berkarya, berimginasi dan melayan perasaan. Termasuk jugalah berangan benda-benda yang tidak masuk akal dan tidak mungkin wujud di alam nyata.
Bila di kolam tuan mengenangkan nasib malang tuan. Dan sudah tentu macam biasa tuan menyalahkan orang lain diatas apa aje nasib malang yang menimpa. Kekurangkan orang lain, keburukkan orang lain dan menyalahkan orang lain adalah wadah fikiran tuan tiap hari. Tuan agaknya suka sangat bermain dengan perasaan hasad dengki, dendam dan berburuk sangka. Rencahnya pula cukup dengan ego yang tinggi menggunung.
Aku pasti tuan akan terus senang sentiasa dirundung nasib malang hingga ke akhir hayat. Kerana tuan hanya tahu menyalahkan org lain atas masalah, kekurangan dan musibah yang menimpa diri dan keluarga tuan.
Pernahkah tuan terfikir, yang tuan juga bukannya sempurna seperti manusia normal lain? Yang bisa melakukan kesilapan tiap hari? Atau sebetulnya tuan jenis jantan yang tak normal. Yang tidak akan melakukan kesalahan dan kesilapan saban waktu?
Dengan bangga dan bongkaknya tuan juga mengatakan aku tak pandai, tak reti buat anak. Buat anak kerja senang, tuan... Ayam, kucing, lembu malah ulat bluncas pun boleh buat anak. Tapi tak semua orang yang reti buat anak, tahu akan hak anak-anak. Termasuklah juga keperluan hidup seperti memberi pelindungan, pelajaran, didikan agama dan pengembangan minda mereka. Seorang bapa perlu mencorakkan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak mereka. Cukup ker sekadar berkongsi tempat menginap, makan, minum dan pakaian? Bagaimana pula persiapan masa depan bilamana kita tiada nanti?
Cukupkah pelajaran dan didikan agama yang diberi...?
Kasih sayang yang dicurahkan..?
Menjadi pendengar dan sahabat yang terbaik untuk anak-anak...?
Takkan lah masa kita kecik-kecik hidup susah, kita mahu anak-anak juga merasai hidup susah jugak. Alasan kononnya nak suruh anak tue belajar hidup susah. Supaya dia org tak berlagak bila besar nanti.
Bangang ker aper..!!! Bodohnya tak tau kenapa..!!!.
Pertanyaan pada seorang bapa malang..
"Tuan ada buat..?"
Mungkin jawap tuan.. "Ada...!!!"
Kemudian si bapak ditanya lagi.... "Cukup ker dengan apa yang diberi....??"
Tentunya jawapan dengan bentakkan "Apa hal kau nak ambik tau...!! ", begitulah jawapan sombong bodoh seorang bapak...
Malang yang teramat malang...
Tertanya lak diri ini... Ini kah jenis manusia bergelar bapak malang atau anaknya yang ditimpa malang; ada bapak tapi dapat plak jenis cam nie...
Kau orang jawap ler sendiri.....
Ukur-ukurkan lah diri sebelum menhina, mencerca dan mengata orang lain. Kalau sekadar memburukkan orang lain tanpa mengetahui cerita sebenar boleh menjadi fitnah...
Atau adakah inilah antara perangai-perangai yang mahu tuan tunjukkan pada anak-anak..??
Contoh-contoh seorang bapak yang cermerlang, terbilang dan gemilang tetapi sentiasa dirundung malang.
Tuan, anak-anak juga punya perasaan dan hati. Janganlah diugut dan ditakutkan. Perasaan mereka lebih sentiatif dari kita yang dewasa ini. Hati mereka tulus dan kecil, tuan. Manakala kita punya akal dan minda yang lebih, hasil dari umur kita yang meningkat tua. Tujukkanlah peribadi yang lebih matang dan lebih cerdik bersamaan dengan usia yang dah tua bangka tu.
Tolonglah.. Jangan dipersiakan anugerah tuhan itu...
Sambil memancing, sepatutnya elok juga tuan buat muhasabah diri. Cermin kembali apa yang telah dan tidak tuan lakukan. Renung kembali wajah tuan di permukaan kolam tue. Buat perhitungan arah hidup tuan. Congak dan kira hakikat pejalanan hidup tuan.
Dalam masa yang sama cuba terima kenyataan yang tuan juga punya kelemahan dan kekurangan diri. Jangan pula ditepuk permukaan air itu dengan perasaan benci. Kerana pasti air itu akan berkocak dan terpercik kembali ke muka tuan yang seakan baby face tue.(Buta ker dia orang....?)
Samalah juga jangan disalahkan orang lain diatas kelemahan dan kekurangan diri sendiri kerana ianya akan menunding kembali. Itu pun jika tuan jantan yang benar-benar jantan yang boleh melihat kedalam diri sendiri. Dan dalam masa yang sama berupaya mengukur kelebihan dan kelemahan diri. Tapi aku rasa culas kerana tuan tiada kejantanan sebegitu. Tuan cuma berkokok serak-serak basah sekampung, taik bertabur merata, busuknya tuhan jer yang tahu.
Jangan pula diturut angan tuan nak cari dukun bomoh sesat laknatullah semata-mata nak memuaskan nafsu hati tuan yang sempit tu. Tuan pun tahu amalan tersebut adalah syirik, ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita pada Nya. Ditambah pula dengan dosa antara manusia banyak lagi nak kena settle, kan...?? Hasil kesungguhan menjaja fitnah, kenalah tanggung dosa sekampung...
"See you in Court Padang Mahsyar la jawap nyer...."
Pada masa tu tiada pembohongan. Tiada lagi lakonan, tiada lagi lagak, tiada lagi ego... Bilamana kita berdepan dengan yang Maha Adil....
Simpan jer la kata-kata dan akta-akta yang mengarut dan mencarut tue...
Atas dunia pun aku tak hairan, nie kan pula di Mahkamah Allah...
Pesanan aku lagi, cuba maafkan diri tuan sendiri. Seribu impian dan harapan berkecai akibat kecuaian dan kekurangan diri sendiri. Sedarkan diri tuan dari lamunan mimpi. Kebahagian tuan tidak pernah dirampas dan tidak boleh dirampas. Kebahagiaan itu ada dalam hati tuan. Tetapi kebahagian itu tidak pernah hadir, hanya kerana tuan tidak usahakan dan perjuangkan bersungguh-sungguh dari dulu lagi. Kebahagian bukan sekadar anugerah dan impian. Kebahagian hadir dengan daya usaha, keringat, titik peluh, doa dan tawakal. Malang teramat malang bagi si bapa, suami dan anak yang tidak mengerti hukum kebahagian semasa hidup.
Hukum kebahagiaan bukan terletak kepada kebendaan. Tuan tersasar dan tersilap, kerana tuan mengatakan anak-anak tuan mengejar kebendaan. Apa yang kami ada...??
Tinggal di sarang burung PPR, mobil ku kecik dan hutang ku pukul keliling pinggang.
Lain lah dengan tuan bergaji lebih besar, berkerja dengan kerjaaan, berpangkat pulak tu..
Punya kuasa, tahu hukam hakam, akta itu dan ini...
Keluar negara makan angin saban bulan...
Tapi kami tidak lah miskin malah tidak berbangga. Kerana kami amat kaya..., kaya dengan kasih sayang. Kami juga dahagakan senyuman, dahagakan ketawa dan kebahagiaan bersama keluarga kami, sekadar termampu dan terdaya...
Untuk tuan pula ianya masih belum terlambat, ubah dan cuba maafkan diri tuan sendiri setulus mungkin. Dan katakan tuan akan lakukan yang terbaik. Padamkan juga api dendam tuan itu. Jika tidak, ianya akan membakar diri dan orang tersayang disekeliling tuan.
Tuan juga perlu lapangkan dada dan hati. Bebaskan diri dari segala ego yang menggunung tinggi. Kerana ego tuan tidak bertempat. Ego tuan akan membebankan diri tuan sepanjang hayat. Dan sudah tentu menyusahkan orang lain. Takkan lah tuan nak memikulnya hingga ke liang lahat. Berat tue tuan...
Okeylah, itu ajer pesanan aku...
Teruskan lah hobi tuan dengan memancing, semoga mendapat habuan yang diidamkan setelah jerih penat seharian terduduk di tepi kolam. Selepas tu bolehlah sedekah kat jiran tetangga... Murni sunggh hati tuan. Patutlah jadi orang popular Bukit jalil. Jangan pula dilupa bayar duit kolam dan balik umah sebelum subuh...
Tuan pun tahu, selalu sangat berembun tidak elok untuk kesihatan diri tuan... Malang sungguh malang, anak-anak pun turut diusung bersama menghirup udara kolam, berembun sampai ke pagi...
Dari aku insan yang tidak pernah kau kenal dan tidak pernah sempurna yang cuba hidup sebaik dan sesempurna mungkin....
Seeloknya kalau tuan masih lagi jantan yang meroyan dan tidak sedar diri, sila baca warkah di atas untuk kedua kalinya... Jangan lagi bagi alasan TAK LARAT, SAKIT KEPALA, PENAT dan SAKIT PERUT gastrik, okey... baca dan baca lagi...
Dan sekiranya tuan berupaya membaca warkah ini hingga ke penghujungnya, sebenarnya tuan ingin berubah dan berupaya untuk berubah... Tepuk dahi, tanya akal... jika ada...
Unquestionably believe that which you said.
ReplyDeleteYour favorite justification seemed to be on the web the simplest thing to be aware of.
I say to you, I definitely get irked while people consider
worries that they just don't know about. You managed to hit the nail upon the top as well as defined out the whole thing without having side-effects , people can take a signal. Will probably be back to get more. Thanks
Here is my site: tinnitus control