Aku Thalas Menongkah Arus
Nukilan Mawar Biru
Masa-masa yang lepas banyak yang telah ku habiskan untuk mengenal pasti arah tuju dan perjuangan hidupku sebagai pesakit Thalas. Pada usia sebegini, banyak cabaran dan komplikasi hidup yang telah dan sedang aku jalani. Aku rasa kau tidak dapat menafikan keadaan sebegini bila kita telah mencapai tahap usia yang lebih dewasa. Sudah tentu cabaran hidupnya berbeda.
Untuk itu aku bersandarkan pada mereka yang lebih normal dan sempurna. Begitu ramai insan-insan di Malaysia ini yang prihatin dan ikhlas membantu. Syukur aku masih hidup di bumi bertuah ini.
Namun hati ini masih keliru dengan sebahagian dari mereka. Tiada aku mengerti apakah pandangan atau isi hati mereka sebenarnya. Adakah mereka benar-benar ikhlas dan tulus membantu dan membimbing pesakit seperti kami. Sedangkan kami memerlukan dorongan dan pertolongan. Atau apakah itu cuma mimpi disiang hari? Bagai mengharapkan Adiwira menyentuh setiap hati Thalas dengan tulus dan ikhlas. Masakan itu semua wujud dalam dunia realiti yang kita jalani ini.

IRON MAN : Adiwira yang penuh dengan zat besi |
Terkadang terfikir dan terdetik hati mengatakan mereka mempunyai agenda yang berbeza dengan apa yang kami inginkan. Pernah ketikanya aku dihemburkan dengan luahan yang cynical tentang keluarga dan karekter diriku. Dan ianya datang dari Adiwira impianku sendiri. Tertusuk dan terguris hati ini, namun tidak ku jelaskan secara nyata kepada mereka. Apakah semuanya ini? Perlukah ada unsur-unsur yang sebegini dalam menjalankan tugas ikhlas yang telah diamanahkan. Aku tidak mengerti...
Aku juga adalah manusia biasa; manusia yang bisa melakukan kesilapan seperti juga mereka yang normal. Pasti ada ketika aku merasa gundah gulana juga ketawa gembira seperti insan yang lain. Ketawa dan tangisan adalah santapan harian hidup dunia. Itu aku mengerti..... duhai kawan.
Namun aku juga punya pandangan dunia ku sendiri seperti juga kamu yang lain. Aku kata biru, kau kata hijau. Aku kata merah, kau kata pink. Walaupun berbeda namun kita tetap yang sama. Setahu aku; aku dapat menerima keadaan sebegitu. Kau pula bagaimana? Kau perlukan gandingan bahu demi kebaikan bersama. Aku sedia hulurkan. Aku luahkan pandangan dan kiritikan, kau kata aku gilakan kuasa, ada agenda peribadi dan bebagai. Aku kecewa tapi alhamdullilah......, terimakasih kerana kau meningatkan aku....

Apakah pandangan aku yang berbeza, berlainan dan bertentangan telah menyebabkan aku diketepikan? Tiada prihatin diberi, ditolak ketepi dan tidak diendahkan. Bukannya aku mengharapkan penerimaan. Cuma yang aku harapkan adalah suara ku didengari, dihalusi dan diberi peluang. Nampak macam mudah, bukan? Namun kau dan aku; penuh dengan keegoan yang penuh bersarang dihati. Kita tidak mahu menerima kelemahan dan kesilapan masing-masing. Termasuklah diri aku yang bukan sesiapa dan tidak punya apa.
Maafkan aku kawan, kita tetap pada jalan yang sama namun kita tetap berbeda....
.
Semoga kita terus berdoa tanpa jemu untuk menerima kenyataannya hidup ini.... Insyallah...
semangat...survive di tiap detik yang tersisa...slam sahabat thalasemia..i'll survive too
ReplyDeleteTerimakasih kerana berkunjung ke sini. Kami doakan yang terbaik untuk anda juga. Salam dari Thalas Malaysia...
ReplyDeletekehidupan pesakit thalass amat berbeza dengan orang normal,rupa juga berbeza dan diri mereka juga berbeza. ada segelintir nya diberi umor yang panjang dan sebalik nya.Sesetengah nya tuhan bagi jodoh dan sendirian sampai hujung nyawa, apa yang penting kita kena kuat semangat untok menjalani hidup ini.Apa yang tuhan beri,itulah anugerah nya.
ReplyDelete