Spleen atau dikenali sebagai limpa adalah satu organ kecil (biasanya bersaiz penumbuk) yang terletak di bahagian kiri abdomen, berhampiran perut dan di bawah rangka rusuk.
Spleen mempunyai beberapa fungsi, yang paling penting adalah menapis darah dan menghasilkankan lymphocytes (limfosit). Ia juga bertindak sebagai "takungan darah", yang mana ia cuba mengekalkan jumlah tertentu untuk digunakan dalam masa kecemasan.
Sebagai penapis, limpa berupaya mengeluarkan benda asing dari darah. Di samping itu, bilamana sel darah merah diakhir kitaran hayat(selepas kira-kira 30-60 hari bagi pesakit talasemia), limpa akan memecahkan sel-sel tersebut untuk mengeluarkan globin dan zat besi supaya ianya boleh digunakan semula.
![]() |
| Limfosit : Sel-Sel Imun, Sel-sel Darah Putih Limfosit adalah sel imun yang berada dalam edaran darah |
Lymphocytesare adalah sel-sel darah putih yang merupakan sebahagian daripada sistem immun tubuh. Ia membantu pertahanan badan melawan penyakit. Limfosit berperanan memberi amaran awal jika ada sesuatu yang tidak normal dengan darah yang mengalir didalam limpa. Limfosit akan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi untuk melawan "penceroboh" tersebut. Ringkasnya limpa memainkan peranan yang amat penting dalam melawan jangkitan.
Hypersplenism biasanya tidak boleh diundur, oleh itu adalah penting untuk mengelakkan keadaan ini dari berlaku. Pesakit perlu memastikan menerima transfusi pada kadar yang sesuai. Saiz limpa dapat dikurangkan apabila pesakit menjalani transfusi pada kadar yang tinggi untuk megurangkan pengeluaran yang sel darah merah banyak. Keadah lain untuk merawat hypersplenism adalah dengan splenectomy (pembuangan limpa).
Akan sentiasa ada risiko dalam apa jua pembedahan dan penggunaan ubat bius. Pembuangan limpa biasanya dilakukan oleh kerana pelbagai keadaan. Walau bagaimanapun, disebabkan peranan limpa dalam menghapuskan bakteria, mikrob dan sebagainya, mereka yang telah menjalani splenectomy terdedah kepada risiko jangkitan lebih tinggi sepanjang hidup mereka.
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa splenectomy boleh meningkatkan risiko pulmonary hypertension (PAH) (hipertensi pulmonari) oleh thrombosis dan juga mekanisme lain; dengan itu, pesakit perlu memantau keadaan PAH mereka.
Dalam keadaan tertentu hypersplenism boleh dirawat dengan melakukan separa splenectomy (partial splenectomy), di mana hanya sebahagian limpa dikeluarkan. Ia dapat mengurangkan risiko jangkitan yang serius kepada pesakit. Walau bagaimanapun, splenectomy secara separa adalah lebih rumit daripada splenectomy sepenuhnya. Ia hanya dipertimbangkan dalam situasi yang tertentu sahaja.
Ada beberapa kaedah rawatan boleh membantu untuk mengurangkan risiko jangkitan.
Ini termasuk:
• Beri perhatian kepada apa-apa tanda yang mungkin menunjukkan jangkitan (seperti demam, menggigil, sakit tekak, batuk-batuk, kelesuan, sakit otot, dan sebagainya). Laporkan kepada doktor anda dengan segera.
• Kadang-kadang splenectomy menyebabkan bacaan kiraan platelet yang agak luar biasa tingginya. Sejurusnya pembekuan darah boleh berlaku. Seharusnya doktor perlu memantau bilangan platelet sekerap mungkin. Anda mungkin diminta mengambil aspirin setiap hari.
Adalah splenectomy suatu pilihan yang baik?
Keputusan sama ada anda ingin melakukannya atau tidak adalah bergantung pada setiap kes pesakit itu sendiri. Seorang doktor pakar talasemia yang berpengalaman boleh menawarkan nasihat mengenai perkara ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka yang telah menjalani splenectomy dapat menguruskan kehidupan dengan baik walaupun menghadapi beberapa masalah.
Sudah tentu cara yang terbaik adalah dengan mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menyebabkan perlunya splenectomy. Untuk pesakit talasemia, ia bermaksud menjalani rejim transfusi dengan mengekalkan tahap hemoglobin melebihi 9 atau 10gm/dL. Ia bukan sahaja membantu melindungi limpa tetapi juga mempunyai faedah lain.
Informasi di atas adalah untuk pendidikan dan kesedaran sahaja. Informasi ini tidak boleh digunakan untuk mendiagnos dan merawat masalah kesihatan tanpa konsultasi dari pakar dan penyedia rawatan dan kesihatan yang diamanahkan. STM mengalu-alukan sebarang persoalan kesihatan yang anda alami dengan menyalurkannya kepada pakar dan penyedia kesihatan yang ditauliahkan.
Read More »







