CORETAN 1
AKU ADALAH THALAS
Nukilan Mawar Biru
Biar aku memulakan coretan ini, jika bukan aku yang mulai mungkin tiada lansung yang sanggup menyambut sahutan STM untuk berkongsi pengalaman dengan Thalas yang lain atau pun masyarakat di luar sana.
Adakah mereka benar mengerti erti kehidupan sebagai Thalas, lebih-lebih lagi yang sudah berumur 40an seperti aku? Atau adakah mereka terkeliru? Atau mungkinkah mereka buat-buat mengerti dan memahami? Atau cuma menujuk rasa simpati tanpa ada rasa mengerti atau betul-betul faham tentang kami.
Ketika itu, awal 80an usiaku baru menjangkau 12 tahun. Masih baru mencari-cari erti kehidupan dan menikmati warna-warna remaja. Setelah lebih seminggu aku demam panas yang tidak reda-reda. Aku disahkan sebagai Thalas oleh doktor yang merawatku di Hospital Kuala Lumpur(HKL). Terkejut dan bingung, ketika itu hanya doa ku panjatkan.

Ayah dan ibu telah banyak berkorban; wang ringgit, masa dan keringat untuk merawatku. Air mata menjadi rakan setiaku tatkala malam mengenangkan mereka. Segala pelusuk tanah air telah diterjahnya. Namun aku tetap yang sama. Badan ku sentiasa lemah, perlukan rehat yang banyak. Tiada hari untuk ku yang tiada sakit, terutama di kepala. Kepala ku seolah-oleh di hentak-hentak. Sakit kepala yang tidak keterlaluan bagiku adalah nikmat atau masa yang paling hebat yang kunantikan setiap hari.
bersambung..........
kekuatan semangat n jiwa dapat meneruskan kehidupan harian yg penuh rintangan..insan lainmampu simpati n kesian tp yg apa yg tersurat hanya kite paesakit sajer rasai oleh itu bekalkan ati n jiwa dgn ayat2 al-quran penyejuk ati yg ketika sakit..
ReplyDeleteanak sy bru saja disahkn pembawa alpha talasemia..sy perlukan info-info yg dpt membantu sy menghadapinya..dan menangninya..hr ni dia x sihat..nk demam katanya..apa yg harus sy lakukn..
ReplyDeletesaya telah di sahkan pembawa Talasimia setahun yg lepas..mcm x percaya setalah 27thn baru dpt tahu penyakit nie..skrg utk berkahwin pun kena memilih bakal sumai yg tidak ada gen talasimia..dugaan utk sy.hanya ALLAH tempat sy mengadu dan moga kite tabah utk dugaan nye.
ReplyDeletesaya pun pesakit thala, saya dah redha apa tuhan beri. saya belajar tak pandai,sebab asyik tidor dalam kelas. saya tahun depan berumor 50 tahun, dan dah rasa bosan selalu trafusi darah. sekarang hati saya dah bengkak, mungkin terlalu banyak tranfusi...tuboh saya tak sesuai mkan ubat buang zat besi kerana darah saya banyak anti bodi.
ReplyDelete