Talasemia adalah kecacatan genetik yang paling biasa didapati, dengan kira-kira 250 juta orang, 4.5 peratus daripada penduduk dunia adalah pengidap yang menghadapi ancaman maut. Pada 2010, Malaysia merekodkan 4,768 orang pesakit talasemia yang memerlukan pemindahan darah yang kerap. Manakala 5% daripada penduduknya adalah pembawa.

WE ARE STM

BannerFans.com

TALASEMIA, HEPATITIS DAN MASALAH HATI

Ramai di antara pesakit talasemia mengalami penyakit berkaitan hepatitis. Ianya boleh menyebabkan ancaman kesihatan yang serius jika tidak dikenal pasti dan dirawat. Kita perlu mengetahui langkah-langkah pencegahan dan  berusaha untuk meningkatkan kualiti kesihatan kita dalam masa yang sama.

talasemia hati hepatitis
Jagailah hati anda
Pemahaman tentang permasalahan penyakit hati pada kebelakangan ini telah menyedarkan pesakit untuk menghadapinya dengan keadaan yang lebih positif. Pesakit kini dikendalikan dan dijaga oleh mereka yang berpengalaman tentang talasemia. Oleh itu pesakit akan menerima perawatan yang lebih baik dengan hasil kesihatan yang optimum dalam masa yang sama mengurangkan permasalahan berkaitan dengan hati.

Mengapa sesetengah pesakit talasemia menghadapai pemasalahan hati?
Pesakit talasemia mengalami masalah zat besi berlebihan. Keadaan ini disebabkan oleh anemia, yang mana badan perlu menghasilkan lebih banyak sel darah merah(yang mengandungi zat besi). Zat besi berlebihan juga disebabkan oleh transfusi darah yang diterima pesakit. Melainkan zat besi ini dibuang melalui proses chelation, ianya akan terus tinggal kekal di dalam badan terutamanya di bahagian organ-organ badan seperti jantung dan hati.

Salah satu fungsi hati adalah untuk menyimpan zat besi, yang mana akan digunakan bila mana perlu. Hati akan seolah-oleh seperti mengalu-alukan zat besi. Namun zat besi yang diterima oleh pesakit yang tidak melakukan proses chelation agak berlebihan dan tidak terkawal. Keadaan zat besi yang terlalu banyak dan berlebihan ini boleh menyebabkan hati mengalami “fibrosis” dan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi lebih serius dikenali sebagai  “cirrhosis”.

Disamping itu sesetengah pesakit mengalami komplikasi hati akibat jangkitan virus Hepatitis A, B atau C. Hepatitis B dan C boleh menyebabkan fibrosis, manakala Hepatitis A jarang menyebabkan kerosakan tetapi ia boleh memburukkan lagi kerosakan yang dilakukan oleh Hepatitis C. Salah satu cara pesakit dijangkiti ketiga-tiga virus tersebut adalah melalui transfusi darah dari penderma yang telah dijangkiti.

Tetapi transfusi ataupun pemindahan darah merupakan salah satu terapi utama bagi pesakit talasemia. Bagaimana mungkin saya berasa selamat?
Kini terdapat vaksin untuk hepatitis A dan B. Walaupun masih ada beberapa kes masih dijangkiti selepas dijalankan suntikan. Namun tiada vaksin dijumpai berkesan untuk hepatitis C sehingga kini.

Kerajaan AS telah melakukan banyak langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi bekalan darah mereka. Pada 1992, mereka telah membanguankan kaedah ujian, dan ia telah mengurangkan kebarangkalian jangkitan hepatitas melalui pendermaan darah.

Menurut Palang Merah Amerika, 1 dari 205,000 transfusi darah menyebabkan jangkitan hepatitis B. Manakala 1 dari 1,935,000 pula menyebabkan jangkitan hepatitis C. Pun begitu tidak semua yang dijangkiti hepatitis akan mengalami penyakit tersebut. Namun sebagaimana kita ketahui faedah transfusi darah untuk pesakit talasemia adalah melebihi jangkaan risiko jangkitan hepatitis itu sendiri.

Apakah simptom-simptom pemasalahan hati?
Pada kebiasaannya mereka yang dijangkiti virus hepatitis tidak menunjukkan sebarang simptom. Oleh itu jangkitan hepatitis B dan C tidak dikenal pasti atau didiagnose untuk beberapa lama (Simptom hepatitis A menunjukkan tanda-tanda seawal 2 bulan pertama)

Simptom-simpton jangkitan hepatitis biasanya adalah :

Demam
Sakit kepala
Keletihan
Loya dan muntah-muntah
Cirit-birit
Hilang selera makan
Sakit perut (biasanya di sebelah kanan, sedikit ke bawah rangka dada)
Sakit otot
Sakit sendi
Mengalami kegatalan
Air kencing dan najis yang kegelapan
Mengalami kekuningan (kulit dan/atau mata)
Perubahan mood
Berpeluh malam

hepatitis simptom talasemia
Simptom-simptom hepatitis

Simptom pada tahap cirrhosis pula termasuk :

Kemerahan pada tapak tangan
Merah, ruam di dada, bahu atau muka
Bengkak di perut, kaki atau betis (disebabkan oleh penambahan cecair)
Kehilangan otot
Penurunan berat badan
Jangkitan yang kerap
Keletihan
Mudah lebam
Kegatalan
Hidung kerap berdarah
Darah di dalam najis atau air kencing
Kekeliruan atau masalah ingatan
Kekuningan

Simptom-simptom hepatitis dengan gejala cirrhosis

Bagaimana mendignosis masalah atau komplikasi hati?
Terdapat beberapa ujian dalam menentukan tahap kesihatan hati yang boleh memberi maklumat tentang kemungkinan terdapat komplikasi pada hati tersebut.

Setiap 3 bulan ujian Liver Function Enzyme Screening (AST/SGOT, ALT/SGPT) akan dilakukan. Ujian ini bertindak sebagai sistem amaran awal untuk doktor mengenal pasti masalah yang bakal timbul.

Jika tahap ALT lebih tinggi daripada biasa doktor anda harus mempertimbangkan untuk melakukan ujian tersebut setiap bulan. Jika ALT yang berterusan tinggi untuk 6 bulan atau lebih, seharusnya biopsi hati harus dilakukan.

Terdapat beberapa ujian berkaitan hati yang sepatutnya pesakit talasemia lakukan. Ia mungkin kaedah penjagaan kesihatan yang perlu dilakukan saban tahun.





Ketentuan pesakit talasemia perlu melakukkan ujian tersebut bergantung kepada beberapa perkara :

Hepatitis C ujian Antibodi
Hepatitis C virus RNA Viral Load
Hepatitis B panel
Hepatitis A panel
Ujian HIV
Serum AFP dan ultrasound pada abdomen badan
Penilaian tahap zat besi pada hati melalui biopsi atau melalui MRI (R2 sebagimana diluluskan oleh FDA Ferriscan)

Apa yang terlibat dalam ujian ini?
Kebanyakkan ujian tersebut melibatkan ujian darah. Ultrasound pada bahagian abdomen adalah pemeriksaan organ dalaman menggunakan alatan untuk menghasilkan gambar dengan gelombang suara(soundwave).

Biopsi pada hati pula adalah prosedur di mana sebahagian kecil daripada hati dikeluarkan dan diperiksa untuk kepastian tahap zat besi dan pemasalahan lain. Biasanya jarum digunakan untuk prosedur ini dengan memasukkannya melalui atau dibawah rangka dada dengan menggunakkan ultrasound sebagai panduannya. Ubat pelali anestetik biasanya digunakan untuk prosedur ini.

MRI (Magnetic Resonance Imaging) adalah penilaian zat besi non-invasive dikenali sebagai R2 ataupun Ferriscan. Pesakit berbaring dan digerakkan ke dalam mesin MRI. Mesin tersebut mengambil gambar organ dalaman. Prosedure ini tidak menyakitkan. Pesakit hanya perlu baring dan menahan nafas setiap kali gambar diambil. Walaupun mesin MRI biasa diapati dikebanyakkan hospital, pembacaan zat besi hanya boleh dilakukan di pusat rawatan talasemia yang mempunyai software yang sepatutnya.

Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah komplikasi hati?
2 perkara yang boleh dilakukan oleh pesakit talasemia untuk mencegah komplikasi hati. Iaitu, mengikuti dan patuh pada rawatan terapi chelation(pembuangan zat besi) dan mengambil ujian untuk mengenal pasti tanda-tanda awal pemasalahan yang bakal timbul.

Disamping itu, terdapat langkah-langkah lain yang juga perlu diambil kira. Kurangkan pengambilan alkohol, kerana pengambilan yang berlebihan boleh merosakkan hati. Pesakit yang dijangkiti hepatitis C yang mengambil alkohol berlebihan boleh merosakkan hati yang lebih teruk. Minum air dengan banyak adalah salah satu diet yang sihat dan begitu juga untuk hati. Selalulah berbincang dengan pakar hematologi dan nutritasi yang memahami keperluan pesakit talasemia. Mereka juga boleh mengenalpasti diet yang sesuai untuk anda.




Bagaimana komplikasi hati dirawat?
Dalam kebanyakkan kes, pesakit dikehendaki menukar terapi chelation. Buangkan sebanyak mungkin zat besi dari hati adalah diperlukan agar komplikasi tidak akan bertambah teruk. Cara perawatan pula berbeza bagi setiap individu yang berlainan.

Hepatitis A biasanya tidak berapa teruk dan tidak lama. Oleh itu tiada perawatan khusus melainkan penukaran diet dan sokongan nutritasi unutk diarrhea.

Kedua-dua hepatitis B dan C biasanya dirawat dengan ubat antiviral. Salah satu cara rawatan yang berkesan bagi kebanyakkan populasi adalah melalui kaeah kombinasi peginterferon alfa dan ribavirin. Walaupun pada awalnya kaedah ini dikhuatiri menyebabkan peningkatan kepada keperluan transfusi. Penemuan terbaru menyatakan yang kebanyakkan pesakit dapat menerima faedah dari kaedah ini walaupun terdapat sedikit peningkatan kepada transfusi. Penemuan saintafik pada masa kini dan akan datang akan memberi maklumat tentang keberkesanan kaedah rawatan ini pada pesakit talasemia.

Menidakkan gejala fibrosis and cirrhosis adalah amat sukar. Kebanyakkan rawatan tertumpu kepada pencegahan kerosakkan yang lebih teruk. Oleh itu penukaran kaeah terapi chelation, kaedah rawatan lain juga termasuk berhenti mengambil alkohol, berhenti atau pengurangkan beberapa ubat dan vitamin. Rawatan ini perlu melibatkan keseluruhan pasukan penjaga dan penyedia kesihatan bagi pesakit talasemia tersebut.

Bilamana gejala cirrhosis meningkat, ia menyebabkan beberapa komplikasi, termasuk peningkatan cecair dalam abdomen, pendarahan pada digestive tract dan fungsi mental. Komplikasi tersebut memerlukan perawatan termasuk penukaran diet, perubatan(seperti diuretics, beta blockers dan antibiotik) dan juga pembedahan untuk mengelakkan pendarahan dalaman.

Cirrhosis boleh menyebabkan kanser hati, oleh itu adalah penting untuk menilai dan memantau status pesakit sekerap mungkin. Ujian untuk menilai tahap AFP(alpha-fetoprotein) adalah penting untuk menentukan kemungkinan kanser hati. Penggunaan ultrasound juga penting untuk menentukan tahap risiko yang dihadapi.

Kesedaran untuk mencegah komplikasi hati pada pesakit talasemia adalah amat penting. Pastikan anda menjalani ujian penjagaan tahunan (annual comprehensive care evaluation), suku tahuanan ataupun bulanan (bilamana perlu) juga Ujian Fungsi Enzaime Hati (Liver Function Enzyme Screenings). Ia adalah perlu untuk menentukan status tahap kesihatan hati anda. Bilamana hati anda mula mengalami kerosakkan, anda perlu untuk mengelakkannya menjadi lebih teruk. Ujian dan pemantauan secara kerap oleh mereka yang berpengetahuan tentang talasemia dan hati adalah penting bagi pesakit yang telah mengalami kerosakkan hati.


HEPATITIS TIDAK MENGENAL SIAPA
500 JUTA TELAH IJANGKITI
28 JULAI 
HARI HEPATITIS SEDUNIA

Hasil adaptasi dan alih bahasa oleh STM dari 

Sila layari http://www.worldhepatitisalliance.org/en/home.html untuk maklumat lanjut


Informasi di atas adalah untuk pendidikan dan kesedaran sahaja. Informasi ini tidak boleh digunakan  untuk mendiagnos dan merawat masalah kesihatan tanpa konsultasi dari pakar dan penyedia rawatan dan kesihatan yang diamanahkan. STM mengalu-alukan sebarang persoalan kesihatan yang anda alami dengan menyalurkannya kepada pakar dan penyedia kesihatan yang ditauliahkan.

STM sama sekali tidak memiliki hak cipta berkenaan dengan segala informasi dan gambar yang dikongsi di atas. Ianya sepenuhnya adalah milik The Cooley’s Anemia Foundation, 330 Seventh Ave., #900, New York, NY 10001 www.cooleysanemia.org  info@cooleysanemia.org  (800) 522-7222. Harap maklum.


4 comments:

  1. Salam encik Adly... mohon share yer... saya seorang beta thalassemia trait, nk kongsikan masalah thalassemia nih, ramai juga yang baru2 nak tahu tentang thalassemia nih, kebanyakkannya dari luar bandar...
    TQs dengan perkongsian en. Adly.. sangat2 membantu mereka2 diluar sana termasuk saya sendiri.

    ReplyDelete
  2. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete
  3. Salam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan talesmia dan pelbagai jenis sel kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat.. hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 017468 7570 mohd zuhairi… Hubungi saya sgera..nanti sy akn bmbing puan n tuan bgaimna hrus d lakukan n tndakn yg tpt plu d buat msa dpt knser n bgai mna hndak rwat kn...boleh sertai grup psakit2 knser sy n mlhat testmni yg amat bnyk...kita bley bbncng bgai mna nk mrawat...sy n psakit2 yg dh smbuh or yg msih d rwat n mkin sht akn bmbing n tnjuk ajar tuan n puan n bg smgt motivasi...jgn kita kseorangan...bla ksorangan...sllu kita akn lmah n down...sertai sy n hbungi sy scpt mkin utk lhat testmni2 mnarik sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser

    ReplyDelete

Komen & Maklumbalas Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...