Talasemia adalah kecacatan genetik yang paling biasa didapati, dengan kira-kira 250 juta orang, 4.5 peratus daripada penduduk dunia adalah pengidap yang menghadapi ancaman maut. Pada 2010, Malaysia merekodkan 4,768 orang pesakit talasemia yang memerlukan pemindahan darah yang kerap. Manakala 5% daripada penduduknya adalah pembawa.

WE ARE STM

BannerFans.com

KENAL TALASEMIA



Transkipsi

1. Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Talasemia diwarisi daripada ibu bapa dan melibatkan anak lelaki dan perempuan.

2. Terdapat dua jenis talasemia, iaitu pembawa gen talasemia dan pesakit talasemia.

3. Pembawa gen talasemia tidak menujukkan sebarang tanda atau masalah kesihatan. Ia hanya boleh dikesan melalui ujian talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anaknya.

4. Semasa lahir, pesakit talasemia biasanya kelihatan normal. Dan apabila berusia 3 hingga 18 bulan, bayi akan mula menunjukkan tanda anemia dan akan menjadi semakin serius. Apabila mula membesar, bayi akan mula menunjukkan tanda seperti pucat yang semakin ketara, sentiasa lemah dan resah, juga mengalami anemia serius yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas.

5. Tanpa rawatan sempurna, pesakit akan mengalami tanda dan gejala seperti perut membesar kerana pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran yang terbantut, perubahan pembentukan tulang muka, pipi dan rahang yang tidak normal juga jaundis.

6. Pesakit talasemia memerlukan rawatan seperti :
- Pemindahan darah secara berterusan setiap bulan sepanjang hayat
- Pemindahan darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam
organ utama badan seperti hati, limpa, jantung dan kelenjar endokrin seterusnya
mampu merosakkan fungsi organ tersebut.
- Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan 5 kali seminggu.
- Pemindahan sum sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan
keluarga.

7. Jika anda mempunyai sejarah keluarga talasemia, seorang remaja dan belum
berkahwin, jalanilah ujian talasemia segera.

8. Jalanilah ujian talasemia bagi masa depan anak anda.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my/myhealth/index.php/en/talasemia

0 comments:

T A L A S E M I A

ADAKAH ANDA BENAR-BENAR PASTI STATUS DIRI ANDA...???


0 comments:

Komen & Maklumbalas Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...