MESIN PAM INFUSI UNTUK PESAKIT THALAS
Mesin Pam Infusi atau Infusion Pump Machine merupakan alatan yang digunakan bilamana seseorang pesakit melakukan proses penyahan zat besi (iron chelation) yang berlebihan. Ianya telah diamalkan sekian lama, sebelum wujudnya ubatan agen penyahan zat besi secara makan (oral chelation agent) seperti Exjade.
Prosedurnya melibatkan penggunaan jarum butterfly yang dicucuk dibawah kulit. Ianya bersambung dengan mesin pam infusi yang mana bancuhan Desferal telah tersedia untuk dipindahkan ke badan pesakit. Proses ini mengambil masa berberapa jam. Biasanya ia dilakukan semalaman iaitu antara 8 hingga 10 jam.
Mesin ini menggunakan kuasa bateri sepenuhnya. Ia perlu dihantar untuk di'servis' (testing and calibrate) secara berkala supaya berfungsi pada tahap yang sepatutnya.
Kebanyakkan pesakit Thalassaemia di Malaysia mendapatkan mesin ini secara pinjaman atau 'on loan' dari hospital-hospital kerajaan.
Berikut adalah dua antara beberapa mesin pam infusi yang biasa digunakan oleh pesakit Thalassaemia di Malaysia.
Graseby MS 16A Syringe Driver Primed Medical Sdn. Bhd. No 15, Jln DBP 3, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves Selangor Tel: 03-6185 1824 Fax: 03-61851834 Harga : RM2,700 |
Micrel Thalapump 20
Malaysian Healthcare Sdn. Bhd.
No. 10, Jalan Anggerik Vanilla Q31/Q,
Kota Kemuning, 40460 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel : 60 3-8073 0888 Fax : 60 3-8073 0889
Email : info@maycare.com / maycare@myjaring.net
No. 10, Jalan Anggerik Vanilla Q31/Q,
Kota Kemuning, 40460 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel : 60 3-8073 0888 Fax : 60 3-8073 0889
Email : info@maycare.com / maycare@myjaring.net
Harga : Antara RM1,800 hingga RM2,500
Untuk maklumat lanjut berkenan Mesin Pam Infusi Graseby di sini.
Manakala untuk Mesin Pam Micrel pula di sini.
1 comments: