Talasemia adalah kecacatan genetik yang paling biasa didapati, dengan kira-kira 250 juta orang, 4.5 peratus daripada penduduk dunia adalah pengidap yang menghadapi ancaman maut. Pada 2010, Malaysia merekodkan 4,768 orang pesakit talasemia yang memerlukan pemindahan darah yang kerap. Manakala 5% daripada penduduknya adalah pembawa.

WE ARE STM

BannerFans.com
Showing posts with label malaysia. Show all posts

HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 2013

0 comments
blood donor day







Hari Penderma Darah Sedunia yang disambut pada 14 hari bulan Jun setiap tahun. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai perlunya menderma darah. Disamping itu ia juga merupakan manifestasi kita untuk mengucapkan terima kasih kepada penderma yang membantu menyelamatkan banyak nyawa. Slogan Hari Penderma Darah Sedunia oleh WHO tahun ini yang bersamaan dengan ulangtahun ke-10 adalah "GIVE THE GIFT OF LIFE : DONATE BLOOD". Slogan atau tema tersebut memberi tumpuan pada nilai menderma darah. Semoga dengan ini kita akan memahami bahawa menderma darah bukan sahaja menyelamatkan nyawa, tetapi juga dapat membantu memanjangkan jangka hayat dan memberi peluang kepada seseorang untuk menjalani kehidupan mereka dengan lebih produktif.
blood donor day


Darah yang digunakan dalam proses transfusi membantu menyelamatkan banyak nyawa setiap tahun. Ianya membantu pesakit yang dalam keadaan terancam nyawanya untuk hidup lebih lama dengan kualiti hidup yang lebih baik. Ia juga amat membantu dalam prosedur perubatan dan pembedahan yang kompleks. Tentunya ia juga penting dalam menyelamatkan nyawa ibu ketika melahirkan anak.
blood donor day

blood donor day

blood donor day
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen World Blood Donor Day oleh WHO sila layari http://www.who.int/campaigns/world-blood-donor-day/2013/en/index.html

Read More »

ALL ABOUT THALASSAEMIA

3 comments

Versi alih bahasa

Buku ini diusahakan untuk menerangkan tentang apa itu talasemia dan asasnya,  terutama  kepada anak-anak kecil. Seharusnya banyak usaha sebegini perlu diusahakan. Dengan ini kesedaran mengenai talasemia lebih menyeluruh dan berkesan terutamanya bagi masyarakat awam. Segala usaha dan bantuan untuk mengalih bahasa terutama bagi bahan bacaan sebegini amat dialu-alukan. Semoga ia dapat menghasilkan wadah bacaan yang sempurna untuk semua. Ia juga memberikan kita harapan masa depan yang lebih baik dan berkualiti untuk generasi yang akan datang.

Penafian (Disclaimer)
Sahabat Thalassaemia Malaysia tidak memiliki hak cipta untuk buku ini. Segala usaha dan 'kredit' adalah dimiliki oleh Thalassaemia International Federation.





SEGALANYA TENTANG TALASEMIA
OLEH

DR ANDROULLA ELEFTHERIOU
 



Hello! Nama saya Harry. Saya adalah kawan adik-adik
yang amat kecil. Saya tinggal di dalam badan adik-adik.

Pernahkah adik-adik terluka ketika bermain di taman?
Pernahkah adik-adik terlihat cecair kemerahan di bahagaian kulit
yang terluka itu? Ia adalah darah. Kita semua mempunyai darah.
Mereka semua seperti saya, kawan adik-adik yang amat kecil.
  
Kami semua kelihatan sama, kami berwarna merah.
Kami juga kelihatan seperti plate yang amat kecil.

Tugas kami adalah untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian
badan adik-adik. Oksigen didapati dari udara bilamana adik-adik
bernafas. Ia memberikan tenaga kepada setiap bahagian badan
adik-adik. Dengan itu adik boleh berlari, ketawa, melompat
dan bermain. 

Untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian badan adik-adik,
kami mendapat pertolongan dari haemoglobin. Setiap dari kami
iaitu Sel Darah Merah, mempunyai banyak blok-blok
haemogolobin yang membawa oksigen.

Keluarga kami, Sel Darah Merah bukan berseorangan
di dalam darah. Ada tiga keluarga lain yang ada bersama:
Mereka adalah keluarga Sel Darah Putih, keluarga Sel Platelets
dan juga keluarga Plasma.
Sel Darah Putih : Kawan kita ini berwarna keputihan.
Mereka adalah askar yang memerangi kuman-kuman.
Mereka memastikan adik-adik sentiasa sihat.
Platelets : Kawan-kawan di dalam keluarga Platelet kelihatan seperti
telur yang amat kecil. Bilamana adik-adik terluka, mereka akan
berkumpul dan bersama-sama membina tembok
untuk menghentikan pendarahan

Adik-adik tahu tak dari manakah darah dihasilkan?
Kami sebenarnya dihasilkan oleh kilang yang terletakcdi 
dalam tulang. Tapi, kadang kala kilang kita ini ada masalah.
Ia tidak  menghasilkan Sel Darah Merah bersama dengan 
pembantunya yang baik iaitu haemoglobin. 

Bila keadaan sebegini berlaku keluarga kami dan sel darah 
merah tidak berupaya membawa oksigen  ke seluruh bahagian badan. 
Tanpa nutrasi dan oksigen secukupnya, badan adik-adik akan mudah 
merasa letih. Adik akan kelihatan lemah dan tidak berupaya. Doktor 
mengatakan keadaan ini dikenali sebagai anameia ataupun talasemia.

Ramai kanak-kanak di dunia yang mempunyai talasemia 

Bila adik-adik mempunyai talasemia, keluarga Sel Darah 
Merah juga lemah. Bantuan doktor diperlukan. Doktor memberikan 
kita Sel Darah Merah yang baru dan sihat. Proses ini dipanggil 
transfius atau pemindahan darah. Ia dilakukan di hospital, 
dimana ramai akan membantu adik-adik.

Ianya dimana doktor dan jururawat akan menyuntik lengan
adik-adik menggunakkan jarum yang kecil. Tapi ia tidaklah
begitu menyakitkan.

Di hospital adik-adik dapat menghabiskan banyak masa untuk
melakukan aktiviti yang adik suka. Apa yang adik-adik suka lakukan?
Ada kawan-kawan kita yang suka mendengar cerita, berlawak jenaka atau
menonton televisyen. Adik-adik juga boleh berjumpa dan
berkenalan dengan kawan-kawan baru.

Kita merasakan agak tidak selesa bila pertama kali pergi ke hospital.
Tetapi selepas pemindahan darah, adik-adik akan mendapat banyak
Sel Darah Merah yang baru. Ia akan membantu membawa oksigen
keseluruh badan. Dengan itu adik-adik akan merasakan lebih bertenaga.

Tapi...., Sel Darah Merah ini tidak bertahan lama.Setelah beberapa
ketika adik-adik akan rasa kembali penat. Doktor tahu..., oleh itu
setelah beberapa minggu, adik-adik diminta kembali ke hospital
untuk menambah Sel Darah Merah yang baru. Dengan itu adik-adik
akan kembali merasa kuat dan sihat. Hampir setiap bulan adik-adik
perlu mengulangi proses ini. Dengan itu adik-adik akan kembali lebih
bertenaga untuk berlari, melompat, ketawa dan bermain
bersama kawan-kawan

Sel Darah Merah yang baru ini amat membantu. Tapi badan
adik-adik memerlukan  bantuan tambahan. Adik-adik ingat tak
haemoglobin,  kawan kita yang menolong Sel Darah Merah dengan
membawa oksigen ke seluruh badan?
Ia dapat melakukan kerana haemoglobin mempunyai zat besi
yang terlekat padanya. Selepas beberapa minggu Sel Darah Merah 

pecah, zat besi juga turut pecah. Ia berlaku setiap kali selepas 
pemindahan darah dilakukan. 

Zat besi yang terhasil bilamana Sel Darah Merah pecah akan mencari
tempat  tinggal  didalam  badan. Seterusnya ia menyukarkan badan
adik-adik untuk bekerja secara baik. Kulit adik-adik bertambah gelap,
adik merasa lemah dan pembesaran tidak teratur. Oleh itu adik-adik
memerlukan bantuan untuk mengeluarkan zat besi berlebihan dari badan.

Oleh itu oktor memberikan ubatan untuk mengeluarkan
zat besi berlebihan tersebut. Ia umpama magnet yang
mengumpul zat besi berlebihan dan keluarkannya dari
badan setiap kali adik-adik ke bilik air. Pembungan zat
besi ini dinamankan Iron Chelation.

Ada pelbagai jenis ubatan untuk mengeluarankan lebihan zat besi
dari badan  kita.  Salah satunya menggunakan  jarum dan pam! Jarum
suntikan akan diletakkan di bawah kulit untuk beberapa jam diwaktu
siang dan malam. Ianya tidak berapa selesa. Tapi bila adik di biasa
melakukannya ianya tidaklah begitu sukar. Adik mungkin perlu memakai
pam tersebut pada waktu tidur atau dimana saja seperti di taman, di sekolah
 atau di rumah kawan. Seperti saya pam adalah kawan baik adik-adik.


Ubatan lain untuk mengeluarkan zat besi berlebihan adalah
berbentuk pil. Adik-adik boleh memakannya seperti  
ubatan bertablet yang lain berserta dengan minuman.

Apa ajer jenis ubatan yang doktor beri, ibu dan bapa adik-adik 
akan memastikan  adik-adik mengambilnya dengan betul sehingga 
adik-adik dewasa dan pandai melakukannya sendiri. Adik jangan lupa, 
adik tidak keseorangan! Doktor dan jururawat sentiasa akan menjaga adik-adik, 
kawan-kawan lain juga akan membantu.

Kini adik-adik telah mengetahui tentang kami, Sel Darah 
Merah dan lawan-kawan kita lain di dalam darah. 
Adik-adik juga telah tahu apa itu talasemia. Adik boleh 
kongsikan maklumat ini dengan kawan-kawan talasemia lain 
dan mereka yang prihatin dan ingin tahu apa itu talasemia.


Hasil adaptasi dan dialih bahasa oleh STM dari








Read More »

BAPAK MALANG BUKIT JALIL

1 comments
Nukilan Mawar Biru

Coretan berikut adalah hasil luhan dari sekeping hati. Walaupun ianya tiada kena mengena dengan talasemia secara langsung. Namun hati dan perasaan itu adalah terlalu dekat, kerana ianya datang dari keluarga pesakit thalas. 
Di samping mengharungi liku-liku kehidupan sama seperti mereka yang normal, mereka juga perlu menangani permasalahan kesihatan dan cabaran hidup sebagai pesakit thalasemia. Oleh itu tidaklah salah kalau dikatakan talasemia adalah anugerah. Anugerah dari YANG MAHA ESA untuk insan yang dipilihNya. Mereka istimewa kerena dipilih untuk menghadapi segala ujian dan rintangan dariNya, kerana DIA inginkan kita sentiasa dekat denganNya, berdoa dan bertawakal hanya padaNya....




Warkah untuk seorang lelaki bergelar suami dan bapak malang bukit jalil...

Warkah ini dikarang bukan untuk menyatakan aku lebih baik dari tuan. Cuma luahan hati dari seorang yang sememangnya kau tidak kenali. Yang sememangnya kau anggap aku yang terburuk dari segala segi, yang bodoh, tidak pandai, bangang dan segala macam yang kau pikirkan yang tidak terluah dan terdetik sedikit pun dalam pikiran manusia waras.

Tuan banyak habiskan masa tuan saban hari dengan hobi memancing di kolam. Yang setahu aku sesuatu hobi itu cuma dilakukan ketika waktu lapang. Baguslah begitu, kerana rajin nyer tuan ke kolam bermaksud tuan punya banyak waktu terluang. Syabas juga sebab pemancing macam tuan biasanya mempunyai mental kretiviti yang amat tinggi. Sambil memancing sambil berkarya, berimginasi dan melayan perasaan. Termasuk jugalah berangan benda-benda yang tidak masuk akal dan tidak mungkin wujud di alam nyata.

Bila di kolam tuan mengenangkan nasib malang tuan. Dan sudah tentu macam biasa tuan menyalahkan orang lain diatas apa aje nasib malang yang menimpa. Kekurangkan orang lain, keburukkan orang lain dan menyalahkan orang lain adalah wadah fikiran tuan tiap hari. Tuan agaknya suka sangat bermain dengan perasaan hasad dengki, dendam dan berburuk sangka. Rencahnya pula cukup dengan ego yang tinggi menggunung.

Aku pasti tuan akan terus senang sentiasa dirundung nasib malang hingga ke akhir hayat. Kerana tuan hanya tahu menyalahkan org lain atas masalah, kekurangan dan musibah yang menimpa diri dan keluarga tuan.

Pernahkah tuan terfikir, yang tuan juga bukannya sempurna seperti manusia normal lain? Yang bisa melakukan kesilapan tiap hari? Atau sebetulnya tuan jenis jantan yang tak normal. Yang tidak akan melakukan kesalahan dan kesilapan saban waktu?

Dengan bangga dan bongkaknya tuan juga mengatakan aku tak pandai, tak reti buat anak. Buat anak kerja senang, tuan... Ayam, kucing, lembu malah ulat bluncas pun boleh buat anak. Tapi tak semua orang yang reti buat anak, tahu akan hak anak-anak. Termasuklah juga keperluan hidup seperti memberi pelindungan, pelajaran, didikan agama dan pengembangan minda mereka. Seorang bapa perlu mencorakkan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak mereka. Cukup ker sekadar berkongsi tempat menginap, makan, minum dan pakaian? Bagaimana pula persiapan masa depan bilamana kita tiada nanti? 
Cukupkah pelajaran dan didikan agama yang diberi...? 
Kasih sayang yang dicurahkan..? 
Menjadi pendengar dan sahabat yang terbaik untuk anak-anak...?

Takkan lah masa kita kecik-kecik hidup susah, kita mahu anak-anak juga merasai hidup susah jugak. Alasan kononnya nak suruh anak tue belajar hidup susah. Supaya dia org tak berlagak bila besar nanti. 

Bangang ker aper..!!! Bodohnya tak tau kenapa..!!!.

Pertanyaan pada seorang bapa malang..

"Tuan ada buat..?"
Mungkin jawap tuan.. "Ada...!!!"
Kemudian si bapak ditanya lagi.... "Cukup ker dengan apa yang diberi....??"
Tentunya jawapan dengan bentakkan "Apa hal kau nak ambik tau...!! ", begitulah jawapan sombong bodoh seorang bapak...

Malang yang teramat malang...

Tertanya lak diri ini... Ini kah jenis manusia bergelar bapak malang atau anaknya yang ditimpa malang; ada bapak tapi dapat plak jenis cam nie...

Kau orang jawap ler sendiri.....

Ukur-ukurkan lah diri sebelum menhina, mencerca dan mengata orang lain. Kalau sekadar memburukkan orang lain tanpa mengetahui cerita sebenar boleh menjadi fitnah... 
Atau adakah inilah antara perangai-perangai yang mahu tuan tunjukkan pada anak-anak..?? 
Contoh-contoh seorang bapak yang cermerlang, terbilang dan gemilang tetapi sentiasa dirundung malang.

Tuan, anak-anak juga punya perasaan dan hati. Janganlah diugut dan ditakutkan. Perasaan mereka lebih sentiatif dari kita yang dewasa ini. Hati mereka tulus dan kecil, tuan. Manakala kita punya akal dan minda yang lebih, hasil dari umur kita yang meningkat tua. Tujukkanlah peribadi yang lebih matang dan lebih cerdik bersamaan dengan usia yang dah tua bangka tu. 

Tolonglah.. Jangan dipersiakan anugerah tuhan itu...


Sambil memancing, sepatutnya elok juga tuan buat muhasabah diri. Cermin kembali apa yang telah dan tidak tuan lakukan. Renung kembali wajah tuan di permukaan kolam tue. Buat perhitungan arah hidup tuan. Congak dan kira hakikat pejalanan hidup tuan. 

Dalam masa yang sama cuba terima kenyataan yang tuan juga punya kelemahan dan kekurangan diri. Jangan pula ditepuk permukaan air itu dengan perasaan benci. Kerana pasti air itu akan berkocak dan terpercik kembali ke muka tuan yang seakan baby face tue.(Buta ker dia orang....?) 

Samalah juga jangan disalahkan orang lain diatas kelemahan dan kekurangan diri sendiri kerana ianya akan menunding kembali. Itu pun jika tuan jantan yang benar-benar jantan yang boleh melihat kedalam diri sendiri. Dan dalam masa yang sama berupaya mengukur kelebihan dan kelemahan diri. Tapi aku rasa culas kerana tuan tiada kejantanan sebegitu. Tuan cuma berkokok serak-serak basah sekampung, taik bertabur merata, busuknya tuhan jer yang tahu.

Jangan pula diturut angan tuan nak cari dukun bomoh sesat laknatullah semata-mata nak memuaskan nafsu hati tuan yang sempit tu. Tuan pun tahu amalan tersebut adalah syirik, ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita pada Nya. Ditambah pula dengan dosa antara manusia banyak lagi nak kena settle, kan...?? Hasil kesungguhan menjaja fitnah, kenalah tanggung dosa sekampung...

"See you in Court Padang Mahsyar la jawap nyer...."
Pada masa tu tiada pembohongan. Tiada lagi lakonan, tiada lagi lagak, tiada lagi ego... Bilamana kita berdepan dengan yang Maha Adil....
Simpan jer la kata-kata dan akta-akta yang mengarut dan mencarut tue... 
Atas dunia pun aku tak hairan, nie kan pula di Mahkamah Allah... 

Pesanan aku lagi, cuba maafkan diri tuan sendiri. Seribu impian dan harapan berkecai akibat kecuaian dan kekurangan diri sendiri. Sedarkan diri tuan dari lamunan mimpi. Kebahagian tuan tidak pernah dirampas dan tidak boleh dirampas. Kebahagiaan itu ada dalam hati tuan. Tetapi kebahagian itu tidak pernah hadir, hanya kerana tuan tidak usahakan dan perjuangkan bersungguh-sungguh dari dulu lagi. Kebahagian bukan sekadar anugerah dan impian. Kebahagian hadir dengan daya usaha, keringat, titik peluh, doa dan tawakal. Malang teramat malang bagi si bapa, suami dan anak yang tidak mengerti hukum kebahagian semasa hidup.

Hukum kebahagiaan bukan terletak kepada kebendaan. Tuan tersasar dan tersilap, kerana tuan mengatakan anak-anak tuan mengejar kebendaan. Apa yang kami ada...?? 
Tinggal di sarang burung PPR, mobil ku kecik dan hutang ku pukul keliling pinggang. 

Lain lah dengan tuan bergaji lebih besar, berkerja dengan kerjaaan, berpangkat pulak tu.. 
Punya kuasa, tahu hukam hakam, akta itu dan ini...
Keluar negara makan angin saban bulan...

Tapi kami tidak lah miskin malah tidak berbangga. Kerana kami amat kaya..., kaya dengan kasih sayang. Kami juga dahagakan senyuman, dahagakan ketawa dan kebahagiaan bersama keluarga kami, sekadar termampu dan terdaya...

Untuk tuan pula ianya masih belum terlambat, ubah dan cuba maafkan diri tuan sendiri setulus mungkin. Dan katakan tuan akan lakukan yang terbaik. Padamkan juga api dendam tuan itu. Jika tidak, ianya akan membakar diri dan orang tersayang disekeliling tuan. 

Tuan juga perlu lapangkan dada dan hati. Bebaskan diri dari segala ego yang menggunung tinggi. Kerana ego tuan tidak bertempat. Ego tuan akan membebankan diri tuan sepanjang hayat. Dan sudah tentu menyusahkan orang lain. Takkan lah tuan nak memikulnya hingga ke liang lahat. Berat tue tuan...

Okeylah, itu ajer pesanan aku... 
Teruskan lah hobi tuan dengan memancing, semoga mendapat habuan yang diidamkan setelah jerih penat seharian terduduk di tepi kolam. Selepas tu bolehlah sedekah kat jiran tetangga... Murni sunggh hati tuan. Patutlah jadi orang popular Bukit jalil. Jangan pula dilupa bayar duit kolam dan balik umah sebelum subuh... 
Tuan pun tahu, selalu sangat berembun tidak elok untuk kesihatan diri tuan... Malang sungguh malang, anak-anak pun turut diusung bersama menghirup udara kolam, berembun sampai ke pagi...



Waalaikumsalam,

Dari aku insan yang tidak pernah kau kenal dan tidak pernah sempurna yang cuba hidup sebaik dan sesempurna mungkin....

Seeloknya kalau tuan masih lagi jantan yang meroyan dan tidak sedar diri, sila baca warkah di atas untuk kedua kalinya... Jangan lagi bagi alasan TAK LARAT, SAKIT KEPALA, PENAT dan  SAKIT PERUT gastrik, okey... baca dan baca lagi...

Dan sekiranya tuan berupaya membaca warkah ini hingga ke penghujungnya, sebenarnya tuan ingin berubah dan berupaya untuk berubah... Tepuk dahi, tanya akal... jika ada...




Read More »

jaNGanLah berSediH...

0 comments
 
Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak mau memahami orang lain.
 
Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak percaya diri sendiri.
 
Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah karena anda belum buat persiapan.
 
Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak bisa menghargai orang lain.
 
Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah karena anda membuat hina diri sendiri.
 
Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah karena anda bermulut jahat pada orang lain.
 
Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah mau perbaiki diri.
 
Jangan sedih karena anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah karena anda tak mau bangkit kembali.
 
Jangan sedih karena perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah belajar dari pengalaman.
 
i n g a t l a h.... 
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar....
 
 
dari kata-kata hikmah

Read More »

Komen & Maklumbalas Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...