PESAKIT DEWASA THALASSAEMIA; APAKAH CABARAN DAN KEPERLUANNYA
Perlukan pandangan anda yang tulus dan ikhlas. Khususnya Thalassaemic.
Pesakit-pesakit dewasa kini telah meningkat bilangannya daripada dahulu.
Di Hospital Ampang sahaja mempunyai kira-kira 300 pesakit dewasa. Dan di sini juga terdapat pesakit yang berusia lebih 40an. Dengan kualiti rawatan dan perubatan yang meningkat, kadar jangka hayat dengan itu juga meningkat.
Kalau selama ini perhatian dan publisiti diutamakan kepada kanak-kanak atau bahagian pediatrik. Kini saya rasa tumpuan itu tidak lagi relevent.
Pesakit dewasa menghadapi cabarannya yang tersendiri. Mereka perlu bekerja, berkeluarga dan mereka juga punyai impian. Berbeza dengan pesakit-pesakit remaja dan kanak-kanak yang masih punyai tempat berteduh dan mengadu disamping ayah dan ibu. Dan sudah pasti cabaran dan keperluannya berbeza.
Untuk anda yang telah berusia dewasa apakah cabaran-cabaran yang dihadapi?
Apakah yang anda perlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna?
Demi masa depan yang gemilang untuk anda juga keluarga tersayang.
0 comments: