Talasemia adalah kecacatan genetik yang paling biasa didapati, dengan kira-kira 250 juta orang, 4.5 peratus daripada penduduk dunia adalah pengidap yang menghadapi ancaman maut. Pada 2010, Malaysia merekodkan 4,768 orang pesakit talasemia yang memerlukan pemindahan darah yang kerap. Manakala 5% daripada penduduknya adalah pembawa.

WE ARE STM

BannerFans.com

Tatacara Penganjuran Kempen Pendermaan Darah


PUSAT DARAH NEGARA
Pihak Pusat Darah Negara (PDN) sentiasa berusaha untuk meningkatkan jumlah kutipan darah untuk dibekalkan kepada hospital-hospital yang memerlukan darah. Oleh itu banyak program-program pendermaan darah dirancang serta dilaksanakan oleh PDN. Untuk menganjurkan program pendermaan darah yang berjaya dan berkesan, beberap perkara perlu diberi perhatian:

1.1. Jumlah minima penderma adalah 40 orang. 

2.2. Tempat pendermaan:
Saiz seluas 20 kaki x 20 kaki minima (bergantung kepada jumlah penderma)
Selesa, berhawa dingin atau berkipas, terang, mempunyai peredaran udara yang baik dan jauh daripada   gangguan bunyi bising. Elakkan tempat yang panas, tersorok, berhabuk dan yang perlu menaiki tangga yang tinggi. Mempunyai kemudahan meletak kenderaan dan memuat-turun barang. 

3.3. Peralatan:
Peralatan yang digunakan untuk proses pendermaan darah akan dibawa oleh pihak PDN. Jamuan ringan (refreshment) selepas pendermaan akan disediakan oleh pihak PDN.

4.4. Pihak penganjur diminta agar dapat menyediakan:
Sekurang-kurangnya 8 buah meja dan 20 buah kerusi untuk kegunaan penderma dan  kakitangan bertugas (bergantung kepada jumlah penderma) Kipas – sekiranya tempat yang disediakan tidak berhawa dingin atau ditempat terbuka. Bekalan elektrik dan air bersih.

5.5. Publisiti 
Poster dan pamphlet untuk publisiti kempen pendermaan darah ini akan dibekalkan oleh pihak PDN. Pihak penganjur disyorkan untuk mengumumkan kepada orang ramai mengenai kempen menderma darah yang akan dijalankan ini dengan menggunakan poster yang dibekalkan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh kempen. Pada hari pendermaan, pengumuman secara lisan atau dengan bantuan system makluman awam (PA system) bolehlah dilakukan untuk mengingatkan orang ramai tentang kempen yang sedang diadakan.




Hakcipta Terpelihara © 2009 - Pusat Darah Negara

0 comments:

Komen & Maklumbalas Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...