Talasemia adalah kecacatan genetik yang paling biasa didapati, dengan kira-kira 250 juta orang, 4.5 peratus daripada penduduk dunia adalah pengidap yang menghadapi ancaman maut. Pada 2010, Malaysia merekodkan 4,768 orang pesakit talasemia yang memerlukan pemindahan darah yang kerap. Manakala 5% daripada penduduknya adalah pembawa.

WE ARE STM

BannerFans.com

LIFE IS COLOURFULL




'Life is Colourfull' Design by Zulhafidz, Designer iLuvislam.com.

Hidup ini berwarna-warni. Ada kala warnanya cerah dan menenangkan, adakala warnanya malap dan menyesakkan.

Warna-warni kehidupan inilah yang membuatkan kita dapat hidup sebagai seorang manusia normal yang tidak monotone, tidak sentiasa menang dan tidak sentiasa kalah.

Tidak sentiasa lemah dan tidak sentiasa kuat.

Warna-warni dalam kehidupan itu adalah lambang kehebatan zat Allah yang maha menciptakan.

Supaya kita sedar bahawa hidup kita ini tidak selalu berjalan menurut kemahuan kita, ada kuasa luar yang mengatur perjalanan hidup kita dan mengatasi aturan-aturan yang kita buat.

Tidak akan mungkin ada orang yang mampu menciptakan suasana senja yang berbeza-beza, atau pagi yang sentiasa ada kelainan.

Kadangkala suasana itu dingin sejuk dan adakala ia panas membakar.

Alam ini adalah pameran Allah yang terpampang depan mata kita.

Adakah kita masih tidak mahu melihat setelah kita merasakan nikmatnya berada di atas muka bumi ini?

Kita melalui beberapa fasa dalam kehidupan kita.

Dalam setiap jalan yang kita lalui, pasti ada sesuatu yang baru yang kita perolehi.

Terlalu banyak 'sesuatu' yang belum kita terokai dan terlalu banyak jalan yang belum kita lalui.

Boleh jadi dan sememangnya kita takkan mampu menerokai segala-galanya dalam sela masa umur yang diberikan di dunia ini.

Dalam setiap fenomena yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada hikmahnya, dan ada warna-warninya.


- Petikan ZulYunus.Com

Copyright © 2010 iLuvislam.com, powered by aeyie.com


































0 comments:

Komen & Maklumbalas Anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...